Jan 18, 2011

SEPETANG BERSAMA PAK CIK INDIA

Sekadar Hiasan...

3 org sahabat, berjalan2 menempuh hujan yg hampir2 lebat, tp sbnrnya xterlalu lebat..hehe..Dlm kesungguhan menempuh hujan, singgah sbntr di Daily Fresh, makan waffle..

Dlm tempoh menunggu order yg blm smpai2, kami disinggahi seorang 'Pak Cik'. Pak cik tu bukan sebarang pak cik, ttp seorg pak cik yg bakal bergelar 'Dr', kerana msh menyambung pengajian membuat Ph.D..
Dari pemerhatian awal, pak cik tu seorang berbangsa 'INdia'..
Jika dinilai dari 'apa' yg dicakapkan, sah pak cik tu seorg yg hebat..mmg hebat pun, sbb msh study & tgh ambk Ph.D..
Dlm seronok + x seronok berbual dgn org tu, ada satu topik yg agak menarik..Topiknya psl 'Budaya Buang Sampah'..Time tu bersepah-sepah sampah di atas meja..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Pak cik : Ni lah budaya orang Malaysia, xreti nak buang sampah ke dlm tong sampah..
Sahabat  : Ni disebabkan banyak sgt 'M' pak cik..
Pak cik : 'M' tu ape ?
Sahabat  : M.A.L.A.S
Pak cik : Ohh, tp bukan sebab malas diaorg buang sampah merata-rata.

*** kepelikan sebentar*** ( bukan disebabkan MALAS ?? )

Pak cik : Budaya ni disebabkan 'penjajah'..'Kita' pernah dijajah, dan kita dianggap 'kuli' bila kita dijajah dulu..So, smgt 'kuli' itulah yg meresap ke dlm budaya 'orang Malaysia' sehingga kini..Kalau dilihatkan budaya warga Universiti ( buang sampah), pengaruh 'kuli' tu dh meresap ke dlm diri pljr..Pljr anggap ada 'kuli' ( pekerja Daily Fresh ) yg akan bersihkan tempat tu, so diaorg xpyh la buang sampah tu..
3 sahabat : Emmm ( Dlm hati, no komen.. )

Kitaorg terasa pelik sikit, sbb 'Pak Cik' tu mempunyai satu pandangan yg jauh berbeza & x terfikir pun sblm ni, psl budaya buang sampah ni..
Last2, kitaorg mtk izin & blah dr situ lps dpt apa yg kitaorg order..
Byk lagi topik lain sbnrnya, pak cik tu ada sentuh psl UMNO, Isteri muda menteri, Isu Perdana Menteri digulingkan, Nak dptkan kepercayaan masy India thdp pimpinan kerajaan & byk lg..Byk betul topik 'pak cik' tu..Isu 'Interlok' xde pulak...

+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +

Kat sini nak komen sikit....

Bila difikir & direnung kembali, berasaskah dakwaan 'pak cik' itu ? mgkin ada asasnya, sbb budaya 'kuli' sudah mjd 'darah daging' masy Malaysia sejak dulu hingga kini.
Tp bila difikir & fikir lagi, rsanya kurang berasas..
Sebab, Bagi aku, budaya itu boleh dibentuk, dan pastinya masy Malaysia juga telah diadun dgn budaya2 murni termasuk budaya buang sampah yg betul. Sejak dari kecil lagi, nilai itu sudah disemai oleh ibu bapa, guru, datuk nenek, kakak abg & ramai lagi lah. Namun, kebanyakan masy Malaysia zaman ini sudah hampir hilang 'nilai moralnya'..Hilang ke mana ? mungkin hilang ditelan 'zaman moden' masa kini yg lbh mengutamakan pembinaan & kemajuan dr aspek fizikal/infrastruktur, ttp membelakangkan pembinaan 'modal insan' yg benar2 selari dgn kehendak agama khususnya agama ISLAM...Lbh memalukan, budaya ini begitu mekar menyubur dalam gaya hidup masyarakat Universiti, yg diiktiraf sbg golongan yg tggi daya keintelektualan mereka, & mampu berfikir secara bernas dan kritis..Lbh luas jika dilihat dr sudut pandang ttg status Malaysia sebagai sebuah negara Islam..Ajaran Islam, Islam menuntut budaya 'bersih' dlm kalangan umatnya..Tp dimanakah budaya itu ? Huhu
Persoalannya, adakah Nilai dan Budaya 'bersih' itu sudah tidak kukuh lagi dlm kebanyakan masy Malaysia khususnya KITA sbg warga kampus yg bergelar Mahasiswa/i ?...

.........   Sekadar renungan bersama  ...........

No comments:

Post a Comment