Nov 1, 2011

BERFIKIR, BERFIKIR DAN TERUS BERFIKIR....

Seringkali berfikir panjang dan kehairanan sedikit. Kadang-kadang, timbul perasaan ‘pelik’ mengenai hal ehwal semasa yang berlaku di sekeliling kita. Benarkah terlalu banyak masalah yang melanda masyarakat masa kini antara sebab utamanya ialah POLITIK.
Antara isu popular adalah berkenaan dengan isu BOB LOKMAN yang dikeluarkan waran tangkap disebabkan beliau memberi ceramah TANPA TAULIAH..
Bila baca akhbar online, saya seronok membaca komen-komen pembaca dan komen-komen tersebut mendorong kita berfikir dengan lebih luas dan jauh. Kadang-kadang, kita tak terfikir apa yang orang lain fikirkan. Melalui komen-komen tersebut, sekurang-kurangnya, skop pemikiran kita lebih terbuka. Benar atau salah, terpulang kepada individu tersebut untuk menilainya.
Jom kita kongsi komen-komen para pembaca :
a)     “kalau mcm tuh bolehlah keluarkan waran tangkap kepada blogger2 yg menyebarkan ilmu agama sekali...internet kan xde tauliah..tak begitu JAIS?
b)     “saya terfikir...kenapa JAIS tak ambil tindakan pada sahabat2 tabliq yang memberi kuliah dan mengajak beribadat di surau2 dan masjid2 di selangor ni.....mungkin dah sampai apa yang diperkatakan "pada penghujung zaman, akan ada golongan yang tidak arif perihal Islam akan bercakap/mengepalai tentang ISLAM....
c)      “Adakah seorang datuk menyampaikan tazkirah selepas solat berjemaah di rumah dengan anak2 serta cucu nya juga akan di dakwa oleh pihak JAIS? Perlukah datuk tersebut perlu tauliah dalam situasi ini?
d)     “Adakah selepas ini tazkirah akan diharamkan? Kerana rata-rata tazkirah dibuat oleh orang yg tiada tauliah. Adakah selepas ini ramai daripada orang dari Jemaah Tabligh akan ditangkap kerana rata-rata mereka tiada tauliah dan merekalah antara penggerak majlis ilmu bebas diserata Malaysia.
Emm, bila fikir dan fikir...
Mungkin benar kata orang, BOB LOKMAN diberikan waran tangkap sebab beliau berlatarbelakangkan politik pembangkang. Sebab tu lah beliau diperhati dan dikecam setiap masa. Ramai je orang berdakwah, yang  berlatarbelakangkan kerajaan tak dikecam pun...Boleh dikatakan di sini, MOTIF UTAMA penangkapan ialah POLITIK..
Kalau politik pun, selagi tidak mendatangkan ancaman kepada negara, biarlah. Tak patut diperlakukan sebegitu rupa. Dakwah tu kan dituntut.
*Memberi pandangan itu tidak salah. Pandangan itu pastinya berbeza antara satu dengan yang lain. Ibarat seorang yang melihat permandangan ke luar jendela, apa yang menjadi fokus pandangannya pastinya berbeza dengan yang lain. Mungkin dia akan melihat pokok kelapa, mungkin burung di udara, mungkin awan yang menebal, mungkin langit yg membiru, mungkin memandang matahari yang cantik dan berseri... Oleh itu, perbezaan pandangan itu perkara fitrah dalam dunia ini.

Oct 30, 2011

Harga sebuah IMAN

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

MONEY oh MONEY


“Duit bukan segala-galanya, tetapi duit diperlukan untuk segala-galanya”..
Uhhh, mana nak carik duit??... USAHA lah....
Usaha byk cara, cara singkat ada, cara tak singkat/panjang pun ada...
Berkaitan dengan cara mencari duit, saya tegaskan, saya tidak pernah percaya dengan kaedah mendapat duit dengan cepat seperti MLM, Skim cepat Kaya, cabutan bertuah, no ekor dsb nya..Saya tak pernah berharap untuk menceburkan diri dalam bidang2 ini, dan saya tidak berharap untuk ‘bernasib baik’ jika mengikuti bidang2 ini.

Bagi saya, kalau NAK KAYA, perlukan USAHA yang betul dan bersungguh-sungguh, tidak semudah MLM, cabutan bertuah, nombor ekor, dan sbgnya.

Oleh itu, ingin saya tegaskan kepada sesiapa yang berniat untuk mengajak saya mengikuti bidang2 ini, sila batalkan niat anda kerana pelawaan anda menyebabkan saya berasa serba salah untuk menolak perlawaan tersebut walaupun hati saya menolak 100% usaha tersebut.

Kalau nak kaya, bukan mudah dan bukannya mengambil masa yang singkat. Semua jutawan2 dekat dunia ni berusaha sekian lama untuk mendapat kekayaan. Kalau adapun yang boleh kaya dengan cepat, mungkin itu cuma nasib baik sahaja dan peratusan orang yang berjaya dengan cara singkat mungkin dalam 5% sahaja. Yang lain, semuanya memerlukan tempoh usaha yang panjang. Oleh itu, berusahalah dengan bersungguh-sungguh jika ingin menjadi kaya, dan ingatlah kekayaan tidak boleh dikecapi dalam masa yang singkat. Begitu juga dengan kebijaksanaan, kalau hendak menjadi bijak, bukannya kejap. Sebab itulah di dunia ini khususnya Malaysia diwujudkan tempoh pembelajaran rasmi yang lama iaitu sejak darjah 1 hingga Tingkatan 5. Kalau ditambah dengan pembelajaran tidak rasmi, bermaksud seumur hidup kita belajar dan terus belajar. Oleh itu, berusahalah dengan bersungguh-sungguh kalau hendak menjadi KAYA, dan kenalah berusaha kuat kalau hendak menjadi BIJAK.....

Oct 28, 2011

JELAJAH KE NEGERI 9

SALAM...


Cuti Deepavali (26 Oktober 2011), kami terjah Negeri 9 Darul Khusus.
Hampir habis satu negeri kena jelajah. 
BEst wehh, Kalau bab jalan memang seronok. HEHE
Jom, Org Muda nk share sikit gambo2 sepanjang perjalanan ke Nogori. Hayati je yok...

Encik Viva, Encik Myvi dan Encik Wira transpot utama kami.




Stesen lawatan Pertama:
:: Taman Ostrich, Negeri 9 ::





Stesen kedua :
:: Istana Seri Menanti ::

Stesen ketiga :
:: Teratak Za'ba (Tokoh bahasa) ::



Stesen Ketiga :
Rumah Yb Syafiq Rohaizad
:: Batu Kikir, Negeri 9 ::


Stesen Keempat:
Rumah Rahman Siham
:: Felda Palong ::

Best wehh.. 
*Gambo byk, tp xmampu nak upload. HEHE


Oct 25, 2011

LAYANAN BAIK PUNYA....

Salam. 


Lamo dah den tak update belog ni. Dah dokat 5 bulan dah wehh...
La ni baru nak update. Jom, kongsi cer sikit.


Fuhh, sem 5 Tahun 3 cukup2 memonatkan den. Banyak betui kerja2 yg den keno buat. Takpo, sabor. Sabor tu kan sebahagian daripada iman. Bukan SEPARUH drpd iman tau, tp sebahagian. 
Kalau separuh, diumpamakan 50/50 lh. Banyak iman den kalau sabar 50 drpd iman...Hehehe


La ni, den nak cerito sikit pasai "LAYANAN BAIK".
Bagi den la kan, setiap manusia BERHAK mendapat layanan baik.
Lebih-lebih lagi kalau org tu buat baik kat kita. Tak patut sama sekali kita buat buruk kat dia.
Kesian kat dia, dia susah2 buat baik kat kita, kita buat jahat kat dia. 


Tapi kan, benda ni berlaku skrg ni. Ish ish ish...
Den pun kadang2, ade jugak buat benda ni. Biasalah, iman sentiasa turun naik kan, Syaitan pulak dok setia kt tepi kita. Bila iman dh turun naik + syaitan, abislah semua org kena tempias mood marah tu.


Tp bila dlm situasi ni (nak marah), cept2 'cool' kan diri, bawak bertenang sat.
Igt Tuhan banyak2, insyaallah baik la lepas tu.
Mood marah jgn tlalu diikut, kelak berkelahi jadinya.
Semoga cara ini bisa membantu kita2 ya....


Apapun yang terjadi, berjalanlah tanpa henti.

Okeylah, tu je lah yang mampu den tulis. Saja ja nak 'hidupkan' balik belog den ni yang dah lamo 'tido'..
*Takde idea sebenarnya mlm ni, heheehehe..


Okeylah, selamat semua, semoga terus sukses ya..
Salam....



May 1, 2011

Aduhai Melayuku...


'Takkan melayu hilang di dunia'. Semua orang tahu slogan ini. Kata-kata Hang Tuah yg cukup tinggi semangat keMelayuannya..
Bila sebut pasal Melayu, secara teorinya orang melayu bangsa bertamadun tinggi, bangsa berakhlak dan berpekerti, dan bangsa mithali. Kalau dulu, teori ini bukan sekadar teori yg dipelajari, tetapi itulah hakikat Melayu yg sebenar. Tp skrg, orang melayu lalai dengan dunia melayu nya yang semakin hanyut...
Benarkah org melayu ? mmg benar kita hanyut...hanyut dengan hiburan yg melampau, hanyut dengan kegilaan terhadap kuasa, hanyut dengan kerakusan mengejar harta benda, hanyut dengan nafsu dunia, hanyut dengan peredaran semasa...Kononnya kita 'up to date'. Tidak salah up to date, tapi biarlah berpatutan dan sesuai dengan jiwa kita sebagai orang melayu islam.
Awas melayu, bukan itu yang kita cari, bukan itu yang kita kejari..Tidak dinafikan, harta, kuasa dan hiburan memang perlu kita miliki. Tetapi bukanlah harta yang kita perolehi dengan jalan yang amat kotor dan jijik, Kita perlukan kuasa untuk bertapak di bumi sendiri. Tapi bukanlah kuasa yang diperolehi dengan cara menjatuhkan orang lain. Kita juga perlukan hiburan, tetapi bukanlah hiburan yang melampau seperti yang ada pada masa kini..Melampaukah hiburan ? Memang melampau terutama sekali hiburan berunsurkan nyanyian. Masyaalah, kita (orang melayu) terlalu sinonim dengan hiburan. Medium2 untuk melahirkan penyanyi bagaikan tumbuh selepas hujan..Bila diperhatikan suasana dan keadaan hari ini, sungguh sedih dan kecewa..Mana orang melayu yang tinggi nilai melayunya? mana orang melayu yang kuat pegangan islamnya ? mana orang melayu yang mahmudah sifatnya?....Jangan kita lupa wahai manusia melayu. Hidup kita bukanlah untuk berhadapan dengan kehidupan sahaja.. Kita perlu bangkit dan sedar, banyak masalah dan masa depan masyarakat melayu yang perlu kita fikirkan. Pendidikannya, agamanya, jati dirinya, akhlaknya, dan sebagainya...Jangan kita terlalu leka dengan dunia yang terlalu banyak menipu hari ini....

*Penulisan ini hanyalah menjurus kapada segelintir masy melayu sahaja dan konteks penulisan hanyalah dari sudut orang melayu kepada orang melayu, bukan dilihat dari aspek bangsa/kaum lain.....

Feb 17, 2011

KATA-KATA BERASAP

PEDAS....

Kata seorang Naib Canselor sebuah universiti terkemuka di dalam negara, "Pengajian Melayu mesti dipelajari dalam bahasa Inggeris, sebab bahasa Melayu 'will not take you far'."

Bukan hendak membahas isu ini, sekadar ingin membincangkan satu sikap tidak adil bangsa lain dalam berhadapan isu ini.
Isu bahasa Melayu, pastinya berkait rapat dengan Orang Melayu.

Dalam satu situasi, aku d sergah dengan ayat-ayat sumbang yg dikeluarkan oleh satu 'kaum' yg merasakan dirinya seorang yg berfikiran terbuka.
Semasa meminta seorang pelajar kaum lain itu menandatangani satu borang sokongan dlm usaha membantah usul yg dikeluarkan oleh NC, begitu terkejut dan tersentap aku dengan kata-kata beliau yg cukup2 mementingkan diri-sendiri.
    "Bukan bahasa aku. "Bukan bangsa aku". "Bahasa aku tidak diajar pun di sini!". "Bukalah kerangka fikiran sedikit".

Perghh ! tersentap aku..
Nampak sangat orang itu amat mementingkan diri. Tapi tidak apalah, kalau ikutkan memang berasas kata2 beliau tu, jika dilihat dr aspek latar blkg beliau yg ber'kaum' lain.

Tapi biasalah manusia ni kan, kalau kena batang hidung sendiri baru tau.
Teresak-esak ekau....
Ayat beliau yg 1 dan yg ke2 mungkin berasas.Sukar untuk disangkal. Tapi tidak ada rasa hormat kah beliau terhadap bangsa lain. Tapi ingin aku bertanya ,bagaimana kalau bahasa cina disrh diajar dlm BI? Bagaimana kalau bahasa India juga diajar dlm BI, & bagaimana pula subjek bahasa Iban juga diajar dlm BI? Berasaskah itu?
Berfikir pjg jugak ekau-ekau semua . dan aku pasti reaksi korang sama seperti reaksi kami sbg 'mangsa' masa kini...Bahkan, mungkin lbh teruk..
Lagipun ,kalau dilihat dr aspek peribadi, aku percaya ternganga jugak ekau kalau nak belajar subjek pengajian melayu dlm BI? BI pun l*****p. Cakap pikir panjang la saudara/saudari.....

Ayat ke3 beliau lagi xblh diterima akal..
"Bahasa aku tidak diajar di sini"..
Apakah istimewanya bahasa ekau nak d ajar d APM? lau ikut sejarah bahasa pun, xkenal pun dunia dengan bahasa ekau tu.Xde manfaat utk diaorg kaji & pelajari. 
LAgipun, dr segi nama fakulti dh org tau. Akademi Pengajian MElayu, mestilah sinonim dengan bahasa MElayu..

Ayat ke4.
"Bukalah kerangka fikiran". Manis sungguh mulut beliau ni. Sudah lebar benarkah fikiran beliau? cakap memperlekehkan org lain..Ekau tu lagi la xluas pikiran, cakap pun main tibai ja..Orang berfikiran terbuka ni,bukan ckp ikut sedap mulut jek. Diaorg pikir dlm2 sblm ckp..
Untuk pengetahuan ekau, kitaorg ni xla b****p sgt,membantah usul tu membabi buta ja.
Kitaorg pun ada sebab jugak....
Dan bukannya kitaorg menolak secara total penggunaan BI ni. Cumanya kitaorg menolak dlm konteks APM itu sendiri. Kitaorg hanya menentang penggunaan BI dlm pembelajaran subjek di APM. Fakulti lain kitaorg xkisah pun wpun spttnya BM lebih perlu diutamakan dlm sistem pendidikan.
Dan kitaorg juga pasti penggunaan BI ni memang tak sesuai langsung dlm pengajaran subjek di APM. Mungkin dari konteks konsep subjek blh difahami. Tapi bagaimana dengan pemahaman dari aspek praktikalnya?...
Dan contoh plg simple konsep AKU dan KAMU..Dlm BI, konsep aku semuanya I.dan konsep kamu semuanya YOU..
Takkan kita nak panggil Agong kelak ber"I" dan ber"U". Benda ni nampak leceh, tp hakikatnya jika penerangan dan pengajaran itu kurang jelas dan tidak sampai kpd pljr, mslh ini pasti berlaku. Dan salah satu punca kegagalan penerimaan pljr adalah disebabkan penggunaan bahasa yang sama sekali tidak sesuai. Tengoklah kalau tidak percaya!...

Sepatutnya, usul ini tidak timbul dalam 'alam APM' kerana banyak ketidakrasionalan dan keaiban yang timbul akibat sikap2 pihak yang menyusul isu ini, pihak yang bersetuju dan pihak yang membangkang.
Dan kita kena ingat, ilmu ini disampaikan untuk bekalan , panduan, mentor, penjaga , pembimbing terhadap individu, bangsa, agama, dan negara. Dan bukannya untuk kerjaya semata-mata menurut pandangan NC yang kita amat sayangi.
Janganlah beliau terlalu rakus dalam memartabatkan bahasa lain walaupun kita mungkin mempunyai tujuan yang baik demi kebaikan pelajar2 di APM itu sendiri.
Bahasa itu perlu dilestarikan dan diamalkan, barulah 'hidup' dan berkembang selari dengan perkembangan dunia yang dianggap 'moden' hari ini....

Maaflah, ada kekasaran bahasa sedikit..
Sekadar berkongsi pandangan peribadi...

Feb 16, 2011

BICARA KATA



Manis bicara indah tutur kata 
Tak seindah rupa pengertiannya 
Lembutnya lidah mengata nista 
Lidah yang tiada bertulang 
Mengadu domba 
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian 
Perlukah amarahku dibiar terus menyala 
Membakar membara dengan rasa bangga 
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang 
Yang tajamnya bisa membunuh lawan 
Kata-kata yang berhikmah 
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga 
Bisa menjadi pedoman manusia 
Jagalah bahasa kata kita 
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga 
Yang kurik itu kendi 
Yang indah itu bahasa 
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia 
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati 
Mencerca, menghina, dustanya bicara 
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi 
Terlajak kata buruk padahnya 
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi 
Terlajak kata hilang percaya 
Hilang percaya...


Feb 15, 2011

PELIK

Buruh rogol, liwat warga emas dipenjara 16tahun


Kemaruk seks sangat dah lelaki tu...
Warga emas pun dia nak cuba....PEHHH
Kalau setakat rogol xla 'kisah' sangat. Ni x, siap liwat lagi...
Ape jenis lelaki da...dah la perempuan warga emas,62 tahun..
Cantik sgt kot warga emas tu...............

Korang fikir la sendiri..


MOga hukuman ni blh memberi keinsafan kpd DIA, dan kpd kita semua...




LEbih kurang mcm ni kot..
Apapun..perempuan2 kena lebih berhati-hati..
Take care  ;)

Feb 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

SALAM MAULIDUR RASUL
SELAWAT DAN SALAM Ke atas Baginda..

Semoga kita akan mendapat syafaat daripada Baginda..
Sama-sama kita hayati khutbah terakhir baginda, semoga kita semua mendapat manfaat.

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)


Feb 13, 2011

PRK UM


PRK Semakin menghampiri.Ramai pelajar sibuk bercerita pasal politik. Aku sudah terbiasa dengan isu politik kampus. Pengalaman tahun lalu, sudah cukup menceritakan kpd aku keadaan politik kampus yang sebenarnya.
Nampak dengan mata, dan aku juga sudah dengar dengan telinga.

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Masing2 ada minat & kepercayaan tersendiri terhadap parti2 politik d UM ni.

Aku bukanlah individu yang terlalu obses untuk turut serta dalam mana- mana parti. Bagi aku, cukuplah menjadi 'pemerhati setia'. Dan tak payah memujuk dan menghasut aku untuk join mana2 parti. Aku sekarang lebih memilih untuk menjadi ‘neutral’..

Cuma, ada sedikit kekesalan aku terhadap sesetengah individu khususnya pelajar. Aku perhatikan, Ada sesetengah pljr yang menyokong sesuatu parti secara membabi buta ja. Pemahaman mereka dlm menyokong parti2 yang disokong lbh banyak mllui konsep dengar & faham. Fenomena ni juga kita blh jumpa dlm Pilihan Raya Negara yg melibatkan rakyat Malaysia.

Sesekali, kita perlu menilai dan berfikir secara mendalam ttg sesuatu parti yg terbaik, jika kita adalah tergolong dalam kalangan manusia yang obses terhadap politik.

Apapun..semoga PRK kali ni lebih baik dari sebelumnya..

Feb 12, 2011

Hari Valentine.

Hari Valentine, lbh jelas di sinonimkan dengan hari meraikan kekasih. Pasangan kekasih yang sedang hangat berkasih, pada hari ini akan terus mengambil kesempatan ini untuk memekarkan rasa kasih dalam kalangan mereka.


Mengikut 'tuntutan' dalam meraikan Hari Kekasih, hari ini hanyalah semata-mata untuk meraikan pasangan kekasih. Mungkin lebih sedikit sahaja dari hari-hari istimewa yang lain seperti Hari Ibu, Hari Ayah dan sebagainya.
(*Mengikut persatuan gereja2 Malaysia, Hari Valentine tidak mempunyai kaitan fakta dgn isu sej kejatuhan islam cardova & memuliakan paderi St.Valentine. Hari kekasih hanyalah satu sambutan sekadar sambutan meraikan sama seperti hari2 istimewa yg lain spt Hari Ibu.)


Tetapi, kalau kita ukur dan nilai dari konteks sejarah sambutan Hari Kekasih di Malaysia, waima di negara luar sekalipun, hari kekasih seringkali dikaitkan dengan maksiat. 
Hari Kekasih inilah banyak berlaku zina, lebih ketara hubungan sosial terlarang, pub-pub dan kelam malam asyik penuh dan sesak, hotel pun laku dan macam-macam lagi. Itulah hakikatnya..


Ada 'suara pelik' yang seolah-olah melabelkan usaha pemimpin islam untuk mengekang & memerangi habis-habisan Hari Kekasih ini sebagai satu tindakan kurang bijak dan bersifat terbuka.
Ahh, cukup-cukup pelik dan memelikkan...
Tambah 'suara pelik' itu lagi, sptt nya pemimpin islam itu perlu melihat dari aspek positif dan terbuka.
*Pemimpin islam di sini bukanlah merujuk kepada pemimpin yang islam pada namanya, bukan juga semata-mata islam pada akidahnya, dan bukan juga islam dari penilaian kasar kita sebagai orang islam.


Okey, kalau kita nilai sekalipun, sememangnya Hari Valentine ni ada +ve dan -ve nya. Semua orang tahu..
Tapi kalau dibandingkan, kesan -ve itu lbh byk dan lbh ketara berbanding +ve.(berdasarkan konteks sejarah sambutan) 
So, langkah memerangi Hari Valentine ini spttnya diteruskan dan diterima baik oleh seluruh masyarakat khususnya ISlam.
Dan bagi masyarakat non-muslim, larangan ini sepatutnya tidak menjadi masalah bagi mereka disebabkan larangan ini hanya berkuatkuasa ke atas masyarakat Islam sahaja.






P/S:Sentiasa beringat sesama kita.

Feb 5, 2011

BABAI...


SAFEE SALI, penjaring terbanyak piala AFF Suzuki 2010, sah akan meninggalkan skuad Selangor untuk membolehkan dirinya beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL)...
Beliau bersetuju untuk menyambung kontrak dgn slh sebuah pasukan bola sepak Indonesia.
Diuar-uarkan pasukan bola sepak Persib Bandung. 

Katanya, "Sekalipun akan beraksi di luar negara, saya bersedia dipanggil pada bila-bila masa jika khidmat diperlukan untuk skuad negara,”

Apapun, selamat maju jaya untuk beliau. Semoga lebih berjaya 'di sana'..

MAHALNYA CINTAKU


Hidup ini suram tanpa cinta..
Bukan sahaja suram, bahkan kelam..

  Cintaku mahal, 
Semahal cinta bidadari syurga.
Tak nampak dek mata, 
Tak terdengar dek telinga, 
Tak terhidu dek hidung sesiapa,
Dan takkan tersentuh dengan jari-jari manusia.

Mahalnya cinta,
Bukan kerana disamakan dengan bidadari syurga,
Mahalnya kerana sukarnya untuk kita mendapatkannya.


Mahalkanlah cinta kita,
Si Pemberi sukar memberi,
Si Penerima sukar menerima.
 Kelak, 
kita akan fahami apa maknanya cinta.

~LOVE NEVER DIE~



Created by ; Asywa89

Feb 3, 2011

MESIRRR...

Assalam..


Isu konflik di MESIR, bilakah ada kesudahannya..Dunia Mesir semakin berkocak, rakyatnya terus bersemangat memberontak. Presidennya, Mubarak tetap bertahan.Katanya, beliau akan melepaskan jwtnnya slps pilihan raya diadakan. Pastinya, semua rakyat dan para pemimpin Mesir kena berhadapan dgn situasi lbh getir & terancam berikutan 'keengganan' Mubarak utk melepaskan jwtnnya..


Rakyat Malaysia yg berada di Mesir x terkecuali menghadapi konflik 'kritikal' yg melanda negara Mesir.Dgn jumlah Malaysian yg mencecah 11000 yg rata2nya pelajar sentiasa resah dlm menghadapi dugaan 'Maha Besar' yg pastinya ada sesetengah insan yg baru pertama kali berhadapan dgn situasi 'tegang' ini. Perhubungan terputus, internet, telefon, surat & seumpamanya, fikiran mjd buntu, bagaimanakah caranya utk berhubung dgn masy luar, khussnya keluarga d Malaysia.


Semalam, Najib mengumumkan, bantuan segera akan diberikan utk mengeluarkan rakyat Malaysia dr Mesir mggunakan laluan udara & air.
Ini lgkh bijak & terbaik dlm menyelamatkan rakyat kita yg terancam di sana.
Dijangkakan, jemaah Malaysia pertama akan tiba tgh mlm ni.
Didoakan, semoga semuanya selamat...
AMINNN.....

Jan 23, 2011

BUSUKNYA HATI

Assalam..


Paderi paling kontroversi Dunia, Paderi Terry Jones melancarkan 'program' terbaru dalam menghentam masyarakat Islam dunia. Program kedua yang dicadangkannya ialah 'Hari Menghakimi Al-Quran Sedunia'. Tidak cukup dengan rancangan pertamanya dulu, iaitu rancangan membakar Al-Quran beramai-ramai.

Jones : "Ya, kami akan lakukannya", tegasnya.

"Kami sudah buat keputusan untuk melakukannya pada 20 Mac mulai jam 6 petang. Jika anda berpeluang, anda yang menggelarkan diri orang Islam yang baik, pada hari berkenaan al-Quran akan dibicarakan.

“Kami tuduh al-Quran punca pembunuhan, perogolan dan penipuan. Ia juga bertanggungjawab atas semua kegiatan pengganas di seluruh dunia. 

“Secara dasarnya, adalah perbicaraan. Hari pengadilan itu akan diadakan di Pusat Dove World Outreach. Kami cabar dunia Islam untuk mempertahankan al-Quran. 

“Mereka kata al-Quran adalah buku keamanan dan agama yang memperjuangkan keamanan. Kami mahu mereka membawa orang yang boleh mempertahankan al-Quran. 

“Jika didapati bersalah, empat jenis hukuman diadakan iaitu pembakaran, merendam, mengoyak atau skuad penembak,” katanya dalam satu program radio. 
Beliau juga memberitahu, 30 juri akan hadir termasuk penganut Kristian dan Islam, akan membuat keputusan mengenai semua dakwaan ke atas al-Quran. 

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *  * * * * * * * * * * * * *
Begitu 'luncas' dan 'keji' kata-kata si Paderi Terry Jones ni. Busuknya hati. Dah xda nilai 'kemanusiaan' lagi dah. Sanggup seorang Paderi/ketua agama menafikan hak agama lain di muka bumi ini. Kalau benar sekalipun (mengikut pandangan dia) manakan boleh melakukan perbuatan sekeji ini. Melampau!!....




Jan 22, 2011

WAJIB BEG UDARA

Assalam..


Mulai tahun depan, semua kenderaan wajib ada BEG UDARA, termasuk kereta buatan PROTON dan PERODUA.
Tindakan ini diambil bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk berlaku kematian, apabila berlaku kemalangan.


"Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kematian akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam."

“Kita telah melakukan kajian bersama termasuk dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan terbukti beg udara merupakan aksesori keselamatan yang paling penting,’

Mulai tahun depan, setiap tuan punya kereta hendaklah memastikan kereta mereka mempunyai beg udara. Kalau xda, kang kena tindakan. Tp xpasti apa tindakan yang bakal dikenakan..
Satu lagi, peraturan beg udara ni tak diwajibkan kepada kenderaan pacuan empat roda. e.g hilux, prado, pajero dan macam2 lagi..