Jan 23, 2011

BUSUKNYA HATI

Assalam..


Paderi paling kontroversi Dunia, Paderi Terry Jones melancarkan 'program' terbaru dalam menghentam masyarakat Islam dunia. Program kedua yang dicadangkannya ialah 'Hari Menghakimi Al-Quran Sedunia'. Tidak cukup dengan rancangan pertamanya dulu, iaitu rancangan membakar Al-Quran beramai-ramai.

Jones : "Ya, kami akan lakukannya", tegasnya.

"Kami sudah buat keputusan untuk melakukannya pada 20 Mac mulai jam 6 petang. Jika anda berpeluang, anda yang menggelarkan diri orang Islam yang baik, pada hari berkenaan al-Quran akan dibicarakan.

“Kami tuduh al-Quran punca pembunuhan, perogolan dan penipuan. Ia juga bertanggungjawab atas semua kegiatan pengganas di seluruh dunia. 

“Secara dasarnya, adalah perbicaraan. Hari pengadilan itu akan diadakan di Pusat Dove World Outreach. Kami cabar dunia Islam untuk mempertahankan al-Quran. 

“Mereka kata al-Quran adalah buku keamanan dan agama yang memperjuangkan keamanan. Kami mahu mereka membawa orang yang boleh mempertahankan al-Quran. 

“Jika didapati bersalah, empat jenis hukuman diadakan iaitu pembakaran, merendam, mengoyak atau skuad penembak,” katanya dalam satu program radio. 
Beliau juga memberitahu, 30 juri akan hadir termasuk penganut Kristian dan Islam, akan membuat keputusan mengenai semua dakwaan ke atas al-Quran. 

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *  * * * * * * * * * * * * *
Begitu 'luncas' dan 'keji' kata-kata si Paderi Terry Jones ni. Busuknya hati. Dah xda nilai 'kemanusiaan' lagi dah. Sanggup seorang Paderi/ketua agama menafikan hak agama lain di muka bumi ini. Kalau benar sekalipun (mengikut pandangan dia) manakan boleh melakukan perbuatan sekeji ini. Melampau!!....




Jan 22, 2011

WAJIB BEG UDARA

Assalam..


Mulai tahun depan, semua kenderaan wajib ada BEG UDARA, termasuk kereta buatan PROTON dan PERODUA.
Tindakan ini diambil bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk berlaku kematian, apabila berlaku kemalangan.


"Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kematian akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam."

“Kita telah melakukan kajian bersama termasuk dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan terbukti beg udara merupakan aksesori keselamatan yang paling penting,’

Mulai tahun depan, setiap tuan punya kereta hendaklah memastikan kereta mereka mempunyai beg udara. Kalau xda, kang kena tindakan. Tp xpasti apa tindakan yang bakal dikenakan..
Satu lagi, peraturan beg udara ni tak diwajibkan kepada kenderaan pacuan empat roda. e.g hilux, prado, pajero dan macam2 lagi..



Jan 21, 2011

IMAM GHAZALI & MURID-MURIDNYA

Sekadar hiasan

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau berteka-teki :

Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (QS: Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling jauh ialah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar di dunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tapi yang besar sekali ialah HAWA NAFSU (QS: Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali = "Apa yang paling berat di dunia ini ?"
Murid 1 = "Baja"
Murid 2 = "Besi"
Murid 3 = "Gajah"
Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tapi yang paling berat ialah MEMEGANG AMANAH (QS: Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun "
Imam Ghazali = " Semua jawapan kamu itu benar. Tapi yang paling ringan sekali di dunia ini ialah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat."

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar . Tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri."

Dipetik dari : link

SEMOGA MENJADI TAULADAN BUAT KITA SEMUA..


GURAUAN ITU BERBATAS


Salam..
Hari ni nak kongsi sikit pasal sebuah 'surat' dari seorang 'teman'. Surat beliau itu penuh dengan rasa emosi, dan keterharuan. Saya letakkan di sini, untuk tatapan dan penghayatan kita bersama...


Kata-kata TERBAIK :
~Gurauan itu lukisan kehidupan. Namun kadangkala, kita sering lupa bahawasanya gurauan itu ada batasnya~


Perkongsian dari seorang teman...


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 
Wahai teman, aku senang berkawan dengan kalian. Baik budinya, sopan tuturnya, kukuh agamanya, dan tinggi ilmunya. Kita sering bercanda, sering bergurau dan saling bermesra. Dalam mencipta kemesraan itu, kita selitkan dengan unsur gurauan. Namun, kadangkala gurauan itu menguji kesabaran dan keimanan aku yang lemah ini. 
Aku tidak pasti, adakah mungkin aku seorang yang terlalu berjiwa sensitif ? Adakah aku seorang yang cepat terguris ?..Mungkin ya ! Apalah daya diri ini, yang hanya punyai tahap keimanan yang rapuh, yang bila-bila masa sahaja boleh ranap dan jatuh. Seringkali juga diri ini berfikiran positif, mengubati dan meneguhkan hati supaya terus menerima gurauan itu sebagai sebuah asam garam dalam kehidupan. Namun, gurauan yang datang berdas-das bak peluru, mana mungkin mampu ditahan oleh si empunya diri. Gurauan itu bukan sahaja menyakitkan, malahan menyentap daging kecil yang bernama hati. Gurauan yang acapkali sama, menyebabkan telinga ini cuak dan bosan mendengarnya. Mulanya gembira, namun semakin lama timbulnya rasa kebencian dan menyampah dalam diri. Dan kini, aku tidak lagi mampu bertahan dengan gurauan bisa itu. Cukuplah gurauan sampai di sini. Biarlah gurauan itu dibatasi dengan batas-batas maruah dan emosi manusia yang tidak berjiwa kental seperti diriku ini. 
Ayuh kawan, aku ingin kita tetap terus menjadi kawan. Kawan sampai ke hujung hayat, malah sampai ke syurga sekalipun. Kita muhasabah dan renungi diri, moga-moga kesedaran dan rasa hormat itu lebih menebal dan subur dalam sanubari kita. Dan hanya satu yang ingin aku sampaikan buat teman, aku tetap bahagia mempunyai kawan seperti kalian. 'Terima kasih KAWAN !!'..........


                                                                                                                      Creater : asywa
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 


Pesan dari Orang Muda :
Bacalah dan renungilah, moga-moga bermanfaat buat kita semua...  
Yang paling penting, kita jangan lupa, bergurau pun jangan lupa batas2nya....hehe   ~PEACE~

Jan 20, 2011

KATA-KATA TERBAIK

Semoga kata-kata ini mampu menjadi pencetus semangat, perawat jiwa, penyembuh luka, penenang hati, penerang hidup dan penyuluh kehidupan yang benar dan hakiki..



  • Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di atasnya. Telah banyak kapal yang karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.


  • Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa, dan dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.


  • Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.


  • Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai kesalahan lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.


  • Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.


  • Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.


  • Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam pada waktu malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.


  • Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.


  • Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.


  • Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.


  • Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.


  • Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.


  • Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah satu kehinaan, dan jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah satu kemuliaan.




Cerita Air Terjun..



 " Pada musim cuti sekolah yang lepas. Sekolah saya telah mengadakan satu aktiviti riadah di kawasan air terjun Sekayu. Tengah-tengah syok saya dan kawan-kawan mandi kat air terjun tu saya nampak seekor rama-rama yang cantik. Saya pun kejar rama-rama tu. Tiba-tiba saya..."

Tiba-tiba saya tertangkap rama-rama itu. Saya pun tidak perasan bagaimana saya boleh tertangkap rama-rama itu. Dalam hati saya berkata " saya tak tangkap pun, rama-rama itu sendiri yang hinggap di tangan saya, saya terus tangkaplah.. " (padan muka!!! ha3x). Selepas mendapat rama-rama itu, saya memerhatikan dgn penuh rasa 'geram' akan kecantikan rama-rama itu. Lantas, saya pun menggenggam rama-rama itu sekuat hati, lalu rama-rama itu pun PENGSAN. Saya berbuat begitu kerana, bagi saya, sayalah makhluk yang paling kacak & lawa di dunia ini. 

Selepas saya merasa puas dgn tindakan itu tadi, saya pun meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan itu, saya terdengar suara orang menyanyi. Saya dekati dan hampiri suara itu. Suara itu semakin dekat dan jelas didengar. Sampai disatu kawasan belukar yang agak tebal, saya pun mengintai sumber sebenar bunyi itu. " Hah ! alangkah terkejutnya saya apabila suara itu datangnya dari seekor binatang yang tebal bulunya, badannya pula gemuk dan pendek. Bila diamati bunyi itu, baru saya perasan apakah bunyi itu yang sebenarnya. "Oink, Oink, Oink rupanya. Setelah terperasan siapakah empunya suara itu, saya pun terus berlari. 

Sambil berlari, saya teringat sebuah cerita melayu yang amat saya gemari iaitu ' Jangan pandang Belakang '. Dan saya juga ingat pesan Tok Bomoh dlm cerita itu yang menasihatkan supaya 'jangan sesekali menoleh ke belakang' terutamanya dalam situasi di mana saya berada sekarang. Tapi saya percaya, larangan itu hanyalah mitos semata-mata. Dengan rasa ingin mencuba melanggar larangan tersebut, saya pun menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya saya apabila melihat harimau turut bersama berlari di belakang saya. Saya menangis ketakutan. "Mak Ayah, help me !!!". Sebaik saya melihat semula ke hadapan, saya terkejut sekali lagi. Saya tengok begitu banyak binatang-binatang lain seperti monyet, burung, panda dan sebagainya sedang bersorak kegembiraan. " Ceh, rupa-rupanya binatang-binatang ni membuat pertandingan lumba lari rupanya, dan binatang-binatang lain bersorak disebabkan mereka bangga dan puas kerana sayalah 'makhluk' pertama yang boleh mengalahkan harimau dlm pertandingan lumba lari sepanjang pertandingan itu diadakan".  Apalagi, saya pun turut bangga kerana memenangi pertandingan tersebut.

Sebenarnya, pertandingan itu juga turut menyediakan 'hadiah misteri'. Sebaik pengumuman, saya terkejut sekali lagi. 'Hadiah Misteri' yang saya dapat rupa-rupanya hanyalah sebiji 'anak kunci'. Namun saya tetap bersyukur.
Selepas mendapat 'hadiah misteri' itu tadi, saya memohon kebenaran untuk pergi. Penganjur sempat berpesan supaya menjaga kunci itu elok-elok. Saya juga berjanji untuk menjaga anak kunci itu dengan sebaik-baiknya.

Dlm perjalanan, saya terjumpa pula sebuah 'peti besi' sebesar rumah banglo mewah di UK. TEtapi malangnya peti besi itu berkunci. Dan saya teringat akan 'kunci misteri' yang saya menangi dalam pertandingan lumba lari sebelum ini. Tanpa berfikir panjang, sayapun membuka 'peti besi' dengan gaya penuh sopan dan santun. Takut-takut dimarahi oleh 'penjaga' peti besi itu nanti. Setelah berjaya dibuka, saya begitu terkejut dan teruja akan isi kandungan yang ada dalam peti besi itu. Saya lihat terlalu banyak harta, duit, emas, perak, berlian, mutiara dan sebagainya di dalam peti itu. Saya terlalu gambira dan merasakan seolah-olah ketika itu saya sedang 'bermandikan' harta-harta tersebut. Dalam keghairahan tersebut, tiba-tiba saya terjumpa 'surat wasiat'. Setelah dibaca dan diamati surat tersebut, rupa-rupanya harta yang bertimbun itu kepunyaan 'Ahmad Albab'. 

Begitu sedih saya ketika itu, dan ketika melihat harta-harta itu, saya hampir-hampir terperasan dengan harta-harta tersebut. Dalam otak, sayalah manusia plg kaya di dunia..Tp, semuanya hancur disebabkan Ahmad Albab yang empunya sebenar harta itu. Biarlah, sebab saya yakin, ada hikmah disebalik kegagalan saya untuk mendapatkan harta tersebut. Saya pasrah !!...
Saya pun keluar dari peti itu dengan seribu kesedihan..Saya terus melangkah longlai dalam usaha mencari jalan keluar dari dunia yang penuh penindasan ini. Dalam usaha tersebut, tiba-tiba saya terdengar bunyi yang amat kuat dan dahsyat. Rupa-rupanya saya sedang dikejar oleh gajah. Saya pun berlari ketakutan. "Help me Mum & Dad", teriakku sambil teresak-esak. Tiba2 rasa geram & marah mula menguasai perasaanku. Saya berhenti dan berhadapan dengan gajah itu. Lantas saya hayunkan tangan sekuat hati dan terus 'melempang' gajah itu. Gajah itu pun ketakutan, lalu berlalu pergi. "Padan Muka !!". Saya menyergah gajah itu.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *  ** * * * * * * * * * *
"Orang Muda, Orang Muda....". Tiba-tiba aku terdengar suara cikgu memanggil namaku. "Aduh, aku terlewat bangun, macam mana nak pergi sekolah ni". Kataku dalam hati. Aku pun bergegas mandi dan tetap pergi ke sekolah walaupun telah lewat. Sepanjang perjalanan ke sekolah, aku tertawa kecil sendirian. Tiba-tiba pula aku teringat bagaimana aku merakam suara cikgu Karam memanggil namaku di dalam kelas. Aku gunakan rakaman itu sebagai 'bunyi alarm' handphoneku, yang kudengari pagi tadi.
Pagi itu, aku berazam untuk menceritakan kepada kawan-kawan tentang 'mimpi misteri' yang aku alami sepanjang malam itu.



Karangan ni adalah satu karangan sambungan yang perlu dimulai dgn ayat di bawah. Karangan tersebut haruslah mempunyai unsur-unsur yang dinyatakan di bawah..  

  " Pada musim cuti sekolah yang lepas. Sekolah saya telah mengadakan satu aktiviti riadah di kawasan air terjun Sekayu. Tengah-tengah syok saya dan kawan-kawan mandi kat air terjun tu saya nampak seekor rama-rama yang cantik. Saya pun kejar rama-rama tu. Tiba-tiba saya..."

syarat : kena masukkan perkataan ni
suara orang menyanyi | harimau | anak kunci | peti besi | surat wasiat 
dikejar gajah | suara cikgu memanggil nama saya (anda la tu)

p/s : sori kalau terlebih, karangan kanak2 memang banyak yang xlogik..hehee


Jan 19, 2011

IKAN YANG CANTIK-CANTIK

Gambar ikan-ikan kat bawah memang cantik..Nak makan pun xkan sampai hati lah..Memang orang takkan makan pun ikan-ikan ni, orang nak pelihara jek..Sedap mata memandang..Jom kita tengok !!
























Jan 18, 2011

SEPETANG BERSAMA PAK CIK INDIA

Sekadar Hiasan...

3 org sahabat, berjalan2 menempuh hujan yg hampir2 lebat, tp sbnrnya xterlalu lebat..hehe..Dlm kesungguhan menempuh hujan, singgah sbntr di Daily Fresh, makan waffle..

Dlm tempoh menunggu order yg blm smpai2, kami disinggahi seorang 'Pak Cik'. Pak cik tu bukan sebarang pak cik, ttp seorg pak cik yg bakal bergelar 'Dr', kerana msh menyambung pengajian membuat Ph.D..
Dari pemerhatian awal, pak cik tu seorang berbangsa 'INdia'..
Jika dinilai dari 'apa' yg dicakapkan, sah pak cik tu seorg yg hebat..mmg hebat pun, sbb msh study & tgh ambk Ph.D..
Dlm seronok + x seronok berbual dgn org tu, ada satu topik yg agak menarik..Topiknya psl 'Budaya Buang Sampah'..Time tu bersepah-sepah sampah di atas meja..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Pak cik : Ni lah budaya orang Malaysia, xreti nak buang sampah ke dlm tong sampah..
Sahabat  : Ni disebabkan banyak sgt 'M' pak cik..
Pak cik : 'M' tu ape ?
Sahabat  : M.A.L.A.S
Pak cik : Ohh, tp bukan sebab malas diaorg buang sampah merata-rata.

*** kepelikan sebentar*** ( bukan disebabkan MALAS ?? )

Pak cik : Budaya ni disebabkan 'penjajah'..'Kita' pernah dijajah, dan kita dianggap 'kuli' bila kita dijajah dulu..So, smgt 'kuli' itulah yg meresap ke dlm budaya 'orang Malaysia' sehingga kini..Kalau dilihatkan budaya warga Universiti ( buang sampah), pengaruh 'kuli' tu dh meresap ke dlm diri pljr..Pljr anggap ada 'kuli' ( pekerja Daily Fresh ) yg akan bersihkan tempat tu, so diaorg xpyh la buang sampah tu..
3 sahabat : Emmm ( Dlm hati, no komen.. )

Kitaorg terasa pelik sikit, sbb 'Pak Cik' tu mempunyai satu pandangan yg jauh berbeza & x terfikir pun sblm ni, psl budaya buang sampah ni..
Last2, kitaorg mtk izin & blah dr situ lps dpt apa yg kitaorg order..
Byk lagi topik lain sbnrnya, pak cik tu ada sentuh psl UMNO, Isteri muda menteri, Isu Perdana Menteri digulingkan, Nak dptkan kepercayaan masy India thdp pimpinan kerajaan & byk lg..Byk betul topik 'pak cik' tu..Isu 'Interlok' xde pulak...

+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +

Kat sini nak komen sikit....

Bila difikir & direnung kembali, berasaskah dakwaan 'pak cik' itu ? mgkin ada asasnya, sbb budaya 'kuli' sudah mjd 'darah daging' masy Malaysia sejak dulu hingga kini.
Tp bila difikir & fikir lagi, rsanya kurang berasas..
Sebab, Bagi aku, budaya itu boleh dibentuk, dan pastinya masy Malaysia juga telah diadun dgn budaya2 murni termasuk budaya buang sampah yg betul. Sejak dari kecil lagi, nilai itu sudah disemai oleh ibu bapa, guru, datuk nenek, kakak abg & ramai lagi lah. Namun, kebanyakan masy Malaysia zaman ini sudah hampir hilang 'nilai moralnya'..Hilang ke mana ? mungkin hilang ditelan 'zaman moden' masa kini yg lbh mengutamakan pembinaan & kemajuan dr aspek fizikal/infrastruktur, ttp membelakangkan pembinaan 'modal insan' yg benar2 selari dgn kehendak agama khususnya agama ISLAM...Lbh memalukan, budaya ini begitu mekar menyubur dalam gaya hidup masyarakat Universiti, yg diiktiraf sbg golongan yg tggi daya keintelektualan mereka, & mampu berfikir secara bernas dan kritis..Lbh luas jika dilihat dr sudut pandang ttg status Malaysia sebagai sebuah negara Islam..Ajaran Islam, Islam menuntut budaya 'bersih' dlm kalangan umatnya..Tp dimanakah budaya itu ? Huhu
Persoalannya, adakah Nilai dan Budaya 'bersih' itu sudah tidak kukuh lagi dlm kebanyakan masy Malaysia khususnya KITA sbg warga kampus yg bergelar Mahasiswa/i ?...

.........   Sekadar renungan bersama  ...........

BUAH SARAWAK...

Visitor : "Alah, asyik cerita psl buah jek"..hehe
Orang MUda : Ni buah bukan sebarang buah tau, ni buah pelik2, yang ramai orang xtau...hehe


Sekadar berkongsi ilmu, nak kongsi makan tu xdpt ler, sbb buah xda kat sini..Kalau ada, apa salahnya kongsi2 kan...heheh
Kali ni nak tulis pasai buah yg ada kt sarawak..Rasanya buah2 ni xde kt smjung..
Ramai yang xtau, dgn adanya entri ni korg bolehlah tau kan ?...hehehe


Visitor : Xnak tau pun ( dlm hati ) hehehe
Orang Muda : "Apa ? xnak tau ? alah, ada aku kisah?"... hahaha


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * Bermonolog sendirian * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


JOm tgk...


Ni buah durian, aku pun xpasti nama 'moden' buah ni. Kitaorg pggl 'Durian Kuning', sbb kaler dia kuning..hehe..tp ade jugk kaler orange mcm kt bawah tu..Ni dikategorikan sbg durian jugk, durian 'hutan' la kot..Rasanya sedap jugk, tp xla ber'gas' mcm durian putih. Durian putih 'panas' rasanya, durian ni x..Dan durian ni xde bau 'semerbak' durian putih tu, mcm xde bau jek. Kalau ade pun sikit la, xmeresap ke hidung. Kulit durian ni tajam & panjang, tp xkeras, lembut..Nmpk je keras..Saiz buah ni pun kecik, xbesar mcm durian putih tu..


Buah rambutan tu perhiasan jek..hehe


 Ni versi 'orange'



Aku lupa la nama buah ni, tp xpe, nama xpenting..hehe..BUah ni rsanya masam2 manis..tp manis lbh lagilah..Ade ke x buah ni kt smjung ea? ak xsure la..tp spjg jln2 kat KL ni, xjumpe plak..xtau la mak cik2 tu sembunyikan dlm poket kan ? hahaha..(xnak jual la tu)..

Kat atas ni gambar buah tu dh di kupas, tgk isinya nmpak sedap kan ? nyum3...hehe..

Gambar kt ats ni, buah tu blm dikupas..Kaler coklat..Kulit buah ni tebal tau, ada taktik tersendiri nak bukak..bukan main tibai jek..Buah ni mmg murah sikit, sbb kalau dh musim tu mmg berlambak kt pasar..lg pun ramai yg xminat sgt buah ni, sbb rasa buah ni masam2 manis..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
BUah kt bwh sekali ni, aku x kategorikan sbg buah sarawak ea. sbb aku rasa buah ni mcm ada kt smjung,..mcm biase lah, carik2 kt KL xjmpa pun..Kalau kt tempat aku, kitaorg pggl buah 'trap'..Enak lah jugk, tp aku xminat sgt...hehe




Nak kongsi tu je la..Yg xtau, dh jd tau..Yg dh tau ? entahla nak jd apa..Jgn jadi 'tauhu' sudah..hik hik..
K...tq baca...

Jan 17, 2011

DABAI...

Pasti ramai yang tak tahu apa itu Dabai, terutama sekali 'orang malaya'...hehe

Dabai ni sebijik buah yang bersaiz kecil ( lbh kurang sebesar ibu jari) , berkaler hitam, berbentuk bujur...

Tengok harganya, mahalkan ? ni kira murah, mungkin ni musim buah ni kot..


Rasanya?? mmg sedap, berlemak !!. Tapi sbnrnya dabai ni xde rasa apa2 pun ( tawar ). Kita yg kena letak perasa untuk menyedapkannya..Selalunya orang akan letak garam, tp ada sesetengah orang tu letak gula, ikut cita rasa sendiri..Tapi bagi aku sedap lagi letak garam....nyum3...hehe

Cara nak masak : senang jek...

Rendam je buah2 tu dlm air panas, dlm 10-15 minit lbh kurang..Isi buah tu akan menjadi lembut, asalnya keras..

Ada sesetengah org, sblm rendam tu, diaorg akan kikis secara silang kulit buah tu..
Pastu baru rendam, isinya akan menjadi lembut.
Dah isinya lembut, tuskan airnya kemudian letakkan gula @ garam..Kemudian, siaplah untuk dimakan..

Buah ni ada 2 jenis, satu isinya merah mcm kt atas, satu lagi putih..

Ada masa cubalah..tp buah ni ada kt sarawak jek..Sabah xpasti pulak...hehe


KELUARGA KUCING

Pada suatu hari, Cikgu Amir menyoal Abu.

Cikgu Amir: "Abu, sebutkan 4 haiwan  yg tergolong dalam keluarga kucing".

Lalu Abu pun menjawab dengan megahnya..

Abu:"papa kucing , mama kucing, adik dan kakak kucing cikgu".

Cikgu:?????


Haha, lu pikir la sendiri !!

Jan 16, 2011

HIBURAN MALAYSIA..

Dunia malaysia hari ini, penuh dgn hiburan..begitulah fenomenanya, begitulah keadaannya..
Sape tak knal Dato Siti, sape xknal Faizal Tahir, sape xknal Fasha Sandha, Sape xknal Zizan, & rmai lagi artis lain..
Kalau dikutkan, kanak2 kecil yg berumur setahun jagung pun sudah kenal artis2 ni..
Aku pun kenal...hehehe
Mungkin dari sudut seninya, itu satu perkembangan terbaik..
Namun, jgn kita lupa melihat dari sudut lain, sememangnya jika dikaji dan diperhati, sememangnya ada nilai positif & negatifnya..Mana satu yg byk, itu diri sendiri yg tahu..

Isu hiburan begitu dekat dgn masy melayu, tidak dinafikan masy lain juga turut sama..
Kadang2 terasa hiburan di Malaysia ni terlalu 'terlampau' diketengahkan..
Seolah2 buka mata ada hiburan, tutup mata pun ada hiburan..
Bukan diri ini hendak mempersoalkan 'keperluan' hiburan ini dlm masy mlyu, perkara itu mampu difikirkan oleh setiap individu itu sendiri, setiap orang ada pendapat & pandangan sendiri..

Apa yg hendak diketengahkan, mengenai nilai kebaikan bidang seni khususnya seni lakonan..
Kini, hiburan berbentuk 'dakwah' juga turut aktif dan diminati ramai..
Tahniah, itu sesuatu yg baik..
Masing2 dpt manfaat,,
Masing2 ada peranan, so mainkanlah peranan tu demi kebaikan bersama...
Ok, antara movie2 yg mbawa unsur2 dakwah ni mcm 'Aku Masih Dara', Chinta ( tv3), syurga cinta, sumayyah, byk lagi la...
Semuanya sesuai dengan 'budaya' dan 'gaya hidup' masy melayu d malaysia..
Ni tak, balik2 cerita indon yg byk ditayangkan d TV, terutama tv swasta..
Sebenarnya budaya diaorg ni xsama dgn org malaysia, wpun secara zahirnya sama...
Antaranya ialah bab cinta-cintun ni..
Kdg2 byk yg xlogik, d sebabkan unsur cinta ni la..
Mungkin kita rasa xda ada pun, tp sbnrnya nilai & pengajaran cerita tu sbnrnya yg akan membentuk kita utk mjd manusia yg bagaimana..
Antaranya, cerita2 tersebut mendidik kita ttg keutamaan cinta yg melebihi segala2nya..
Sbnrnya, kita disarankan 'menyusun cinta' kita mengikut hierarki yg betul..
Yg pertamanya, pastinya cinta kpd Allah swt..yg setersnya barulah cinta kpd manusia, alam, harta & seterusnya..
Kalau cinta thdp manusia tu tlalu diutamkan, lainlah jdnya..
Antara kesannya blh dilihat dlm gaya hidup masy Malaysia skrg...huhuh





Jan 14, 2011

Bantu orang Islam..

Tidak dinafikan, terdapat segelintir kecil masy melayu islam yg bekerja di premis2 dan pusat2 hiburan, yg sebenarnya juga turut menyajikan 'minuman2 keras'..
Dalam perkembangan terbaru di Selangor, kerajaan negeri tersebut mengambil langkah bijak dalam menguatkuasakan undang2 yg sekian lama di'tidurkan' oleh pihak yang kurang bertanggungjwb.
Dlm Enakmen Jenayah Syariah, jelas menggariskan peraturan yg melarang masy islam untuk bekerja di premis2 @ pusat2 hiburan yg menyajikan minuman keras ini.
Dlm melaksanakan usaha tersebut, pastinya pihak kerajaan Selangor sedar bahawasanya 'mereka2' yg pernah bekerja di premis2 tersebut, akan menghadapi masalah untuk mencari sumber pendapatan lain, disebabkan konon2nya sudah 'terbiasa' melakukan 'kerja' di premis tersebut. Dengan itu, pihak kerajaan Selangor menyediakan sebuah tabung khas untuk membantu 'mereka-mereka' ini yg berkeinginan untuk berubah, dan berazam utk terus meninggalkan pekerjaan tersebut.
Oleh itu, semua masy melayu khususnya masy melayu di selangor sptutnya menyokong penuh tindakan tersebut, bukannya memutarbelitkan fakta & mempolitikkan tindakan tersebut.
Kena ingat, kita sebagai orang islam wajib membantu orang islam lain, khususnya mereka2 yang terlibat dgn aktiviti2 terkutuk itu...

Mungkin mereka2 yang terlibat ini kurang jelas dengan penegasan Islam dalam mendidik umatnya tentang bahaya & bahana arak ini. Berdasarkan hadis Nabi, Allah melaknat orang islam yang terlibat dgn arak, bukan hanya si peminum, tetapi turut melibatkan 9 golongan manusia yang lain. ( termasuk peminum, 10 gol la kesemuanya )

 "Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: 
(1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.

(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Paling mengecewakan, MALAYSIA ADALAH NEGARA KE-10 TERTINGGI DI DUNIA, YANG MENGIMPORT ARAK !!!, spt yg dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud. Dan Malaysia membelanjakan sebanyak USD 500 juta iaitu lbh kurang Rm 1.57 bilion bagi pembelian minuman keras !!!   ( Tengok sini !! )  Masyaallah....sedih2


sekadar hiasan,,

Jan 12, 2011

Sekali lagi...

Semua orang ada kawan, tapi x semua orang ada SAHABAT..
Special buat sahabat2, terutama yg telah menge'tag' aku iaitu  CIK MIMI SYA...hehe
Kna jwb soklan by soklan la ni ea...


4 ciri wanita Idaman..


First sekali, pastinya wanita itu cantik...Cantik ? cantik itu subjektif, xsemestinya cantik mcm Dato Siti, mcm pramugari Air Asia, tp cukuplah sedap mata memandang, empunya diri xhensem pn, xlayak dpt wanita secantik-cantik manusia..Cantik yg dimaksudkan, cantik dr segi budinya, cantik akhlaknya, cantik senyumnya, cantik kata2nya, & segala2nya cantik...haha..(Biasalah manusia kan, mmg tgk luaran dulu, tp xbermaksud aku t'lalu utamakan luaran)..


Keduanya,
Mestilah utamakan agama..Agama adalah segala2nya bg aku...Dlm kehidupannya, mestilah agama perkara 1st.. perbuatannya berlandaskan agama, ibdah utk agama, & pendek kata, semuanya lah utk agama...'Lillah hi Ta'ala'...Tp diri sendiri kena mcm tu, bru dpt org yg mcm tu..huhuhuhu...


Ketiganya,
Mestilah mmpunyai sikap yg baik..semua org nak carik perempuan yg baik, perempuan pun mcm tu kan ?,...hehe


keempatnya,
Menerima aku seadanya..diri ini mpunyai byk kelemahan & kekurangan, disebabkan kekurangan itu, diharapkan si wanita itu mampu bersabar & menerimanya dgn  hati terbuka..


Tips kekalkan hub ?
Masyaallah soklan ni..blh thn jugk ea..
xpa, fikir logik je la..
Biasa lah, kedua2 pasangan kna taat spnhnya kt agama, bukan suku, bukan separuh, dan bukan juga sekadar tiga perempat..hehe
Keduanya, tolak ansur tu penting, barulah ada kesefahaman..kalau batu bertemu batu, habis lah...hancus !!
Ketiga, hormat-menghormati..Si suami hormat kat isteri, si isteri pun perlu hormat kat suami..barulah rasa hormat-menghormati tu wujud dlm sesebuah hub...
Byk lagi, kang tulis smua, xckp space pulak...haha


Terjumpa doa ?
Xpernah rasanya..Kalau jmpa pun, xperasan la kot..
Nnti kalau dh nk kahwin baru carik...hahaha...



Wanita idaman ??...so cute...haha