Jan 21, 2011

GURAUAN ITU BERBATAS


Salam..
Hari ni nak kongsi sikit pasal sebuah 'surat' dari seorang 'teman'. Surat beliau itu penuh dengan rasa emosi, dan keterharuan. Saya letakkan di sini, untuk tatapan dan penghayatan kita bersama...


Kata-kata TERBAIK :
~Gurauan itu lukisan kehidupan. Namun kadangkala, kita sering lupa bahawasanya gurauan itu ada batasnya~


Perkongsian dari seorang teman...


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 
Wahai teman, aku senang berkawan dengan kalian. Baik budinya, sopan tuturnya, kukuh agamanya, dan tinggi ilmunya. Kita sering bercanda, sering bergurau dan saling bermesra. Dalam mencipta kemesraan itu, kita selitkan dengan unsur gurauan. Namun, kadangkala gurauan itu menguji kesabaran dan keimanan aku yang lemah ini. 
Aku tidak pasti, adakah mungkin aku seorang yang terlalu berjiwa sensitif ? Adakah aku seorang yang cepat terguris ?..Mungkin ya ! Apalah daya diri ini, yang hanya punyai tahap keimanan yang rapuh, yang bila-bila masa sahaja boleh ranap dan jatuh. Seringkali juga diri ini berfikiran positif, mengubati dan meneguhkan hati supaya terus menerima gurauan itu sebagai sebuah asam garam dalam kehidupan. Namun, gurauan yang datang berdas-das bak peluru, mana mungkin mampu ditahan oleh si empunya diri. Gurauan itu bukan sahaja menyakitkan, malahan menyentap daging kecil yang bernama hati. Gurauan yang acapkali sama, menyebabkan telinga ini cuak dan bosan mendengarnya. Mulanya gembira, namun semakin lama timbulnya rasa kebencian dan menyampah dalam diri. Dan kini, aku tidak lagi mampu bertahan dengan gurauan bisa itu. Cukuplah gurauan sampai di sini. Biarlah gurauan itu dibatasi dengan batas-batas maruah dan emosi manusia yang tidak berjiwa kental seperti diriku ini. 
Ayuh kawan, aku ingin kita tetap terus menjadi kawan. Kawan sampai ke hujung hayat, malah sampai ke syurga sekalipun. Kita muhasabah dan renungi diri, moga-moga kesedaran dan rasa hormat itu lebih menebal dan subur dalam sanubari kita. Dan hanya satu yang ingin aku sampaikan buat teman, aku tetap bahagia mempunyai kawan seperti kalian. 'Terima kasih KAWAN !!'..........


                                                                                                                      Creater : asywa
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 


Pesan dari Orang Muda :
Bacalah dan renungilah, moga-moga bermanfaat buat kita semua...  
Yang paling penting, kita jangan lupa, bergurau pun jangan lupa batas2nya....hehe   ~PEACE~

No comments:

Post a Comment