Jan 20, 2011

KATA-KATA TERBAIK

Semoga kata-kata ini mampu menjadi pencetus semangat, perawat jiwa, penyembuh luka, penenang hati, penerang hidup dan penyuluh kehidupan yang benar dan hakiki..



  • Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di atasnya. Telah banyak kapal yang karam di dalamnya. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.


  • Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa, dan dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.


  • Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.


  • Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai kesalahan lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.


  • Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.


  • Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.


  • Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam pada waktu malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.


  • Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.


  • Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.


  • Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.


  • Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.


  • Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.


  • Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah satu kehinaan, dan jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah satu kemuliaan.




No comments:

Post a Comment

Post a Comment