Jan 7, 2011

GURU HARI INI...


Semua sedia maklum, profesyen perguruan hari ini dikatakan telah merundum nilai & etikanya, yg sedikit menyimpang dr profesyen perguruan yg sebenar...
Dlm masy t'dahulu , khususnya masy melayu, gol guru merupakan antara gol tertinggi yg amat dihormati dan disegani oleh masy..


Dlm kegelapan, pastinya gurulah yg akn menerangi kehidupan mereka dgn ilmu2 yg mereka curahkan.. 
Guru juga dianggap sebgai pembentuk utama shsiah & peribadi murid2,,
Guru sbg penyampai ilmu yg akan menjadikan seseorg murid itu manusia ataupun tidak..realitinya, dr aspek fizikal, smua manusia ttp akan mjd manusia apabila dewasa kelak. Namun, apa yg dikhuatiri manusia x akn mjd manusia dr aspek rohaninya, mentalitinya, dan jiwanya.
Yg terkini, guru berperanan sbg penyelesai mslh kpd fenomena buang bayi yg melanda masy Malaysia pd hari ini, t'utamanya dlm mberi pendidikan mengenai seks dlm kalangan murid2..
Tujuannya utk memastikan pljr2 yg akan lahir kelak tahu dan sedar tentang peranan mereka dlm menangani mslh kritikal ini..
Melalui ilmu yg dipelajari, pljr2 itu akan mampu mengawal diri drpd melakukan perkara2 yg boleh menyumbg kpd perilaku seksual..
Langkah ini merupakan antara lgkh bijak..
Namun, kdg2 mjd persoalan..
Kenapakah peranan keluarga & masy kurg ditekankan ?
Semuanya seolah2 diletakkan di atas bahu seorg insan yg bergelar GURU..


Hari ini,
Konsep 'mee segera' yg berlaku ke atas gol guru memungkinkan kemenjadian nilai manusia dlm kal murid2 kurg b'jaya..Melalui peranan & tgungjwb seorg guru yg melebihi tugas dan diberikan tggungjwb yg seharusnya dipikul secara bsama, menyebabkan matlamat utama seseorg guru dlm mendidik muridnya tidak tercapai..
Guru sibuk dgn urusan pentadbiran, sibuk dgn ko k, tlalu sibuk dlm menyelesaikan isu2 semasa, & sbgainya..
Sememangnya guru berperanan dlm hal ehwal sebegini..tp tidakkah tggungjwb yg diberikan itu tlalu berat utk dipikul oleh seorg guru ?..


Tambahan lagi dgn kegagalan institusi keluarga dlm mbentuk anak2 sejak dr rumah.
Kalau dikajipun, pastinya kebykan remaja2/murid2 yg bermasalah adalah disebabkan kegagalan institusi kekeluargaan itu sendiri..
Ibu bapa tlalu mementingkan kerjaya, kurgnya kasih syg, sistem komunikasi yg kurg baik, membelakangkan tuntuan agama, kebebasan terlampau, kasih syg berlebihan & sbgainya..
Disebabkan faktor2 ini, akan mjdkan murid2 yg bermasalah semakin mjd2 apabila memasuki alam persekolahan, dan bertemu dgn murid2 yg 'sekepala' dgnnya..


Disebabkan mslh itu, guru mjd mangsa dlm mengambil alih tugas untuk membaiki dan mendidik anak2 mereka, sedangkan peranan ibu bapa lbh penting dlm hal tsebut..


Apapun, kita xboleh menuding jari sepenuhnya kepada pihak guru, (disebabkan fenomena skrg guru2 yg 'TERPAKSA' mjd guru @ last choice), kerana msg2 ada peranan dan tgungjwb yg mungkin kita terlepas pandang thdp tgungjwb yg belum kita lunaskan..


Cuba kita fikirkan..
Di mana peranan keluarga ? 
Jgn jd spt perumpaan mlyu ttg si ibu ketam yg mengajar anak2nya berjalan, namun smpai skrg si ibu ketam gagal bjln betul..Bahkan si ibu ketam tidak tahupun yg dia sbnrnya berjalan slh...
Di mana peranan masyarakat ? 
Konsep 'jaga tepi kain org' perlulah kena pd tmpatnya..Kdg2 kain org tu kita perlu jaga & perhatikan jugak..


SEKIAN....





No comments:

Post a Comment

Post a Comment