Oct 23, 2010

Panduan mengelakkan sifat takbur (IMAM GHAZALI)




Apabila berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah diri mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka belum dibebani dosa.


Apabila berhadapan dengan orang tua, anggaplah juga mereka lebih mulia daripada kita kerana lebih lama beribadah daripada kita.


Apabila berjumpa dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih banyak ilmu dan pengetahuan.


Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa tetapi kita mengetahuinya.


Jika berjumpa dengan orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi katalah, mungkin orang jahat itu akan berubah dan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya.


Begitu juga apabila kita bertemu kafir. Katakan, belum tentu mereka akan kafir selama-lamanya.


Lawan SIFAT SOMBONG itu ialah rendah hati... 



No comments:

Post a Comment