Jan 20, 2011

Cerita Air Terjun..



 " Pada musim cuti sekolah yang lepas. Sekolah saya telah mengadakan satu aktiviti riadah di kawasan air terjun Sekayu. Tengah-tengah syok saya dan kawan-kawan mandi kat air terjun tu saya nampak seekor rama-rama yang cantik. Saya pun kejar rama-rama tu. Tiba-tiba saya..."

Tiba-tiba saya tertangkap rama-rama itu. Saya pun tidak perasan bagaimana saya boleh tertangkap rama-rama itu. Dalam hati saya berkata " saya tak tangkap pun, rama-rama itu sendiri yang hinggap di tangan saya, saya terus tangkaplah.. " (padan muka!!! ha3x). Selepas mendapat rama-rama itu, saya memerhatikan dgn penuh rasa 'geram' akan kecantikan rama-rama itu. Lantas, saya pun menggenggam rama-rama itu sekuat hati, lalu rama-rama itu pun PENGSAN. Saya berbuat begitu kerana, bagi saya, sayalah makhluk yang paling kacak & lawa di dunia ini. 

Selepas saya merasa puas dgn tindakan itu tadi, saya pun meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan itu, saya terdengar suara orang menyanyi. Saya dekati dan hampiri suara itu. Suara itu semakin dekat dan jelas didengar. Sampai disatu kawasan belukar yang agak tebal, saya pun mengintai sumber sebenar bunyi itu. " Hah ! alangkah terkejutnya saya apabila suara itu datangnya dari seekor binatang yang tebal bulunya, badannya pula gemuk dan pendek. Bila diamati bunyi itu, baru saya perasan apakah bunyi itu yang sebenarnya. "Oink, Oink, Oink rupanya. Setelah terperasan siapakah empunya suara itu, saya pun terus berlari. 

Sambil berlari, saya teringat sebuah cerita melayu yang amat saya gemari iaitu ' Jangan pandang Belakang '. Dan saya juga ingat pesan Tok Bomoh dlm cerita itu yang menasihatkan supaya 'jangan sesekali menoleh ke belakang' terutamanya dalam situasi di mana saya berada sekarang. Tapi saya percaya, larangan itu hanyalah mitos semata-mata. Dengan rasa ingin mencuba melanggar larangan tersebut, saya pun menoleh ke belakang. Alangkah terkejutnya saya apabila melihat harimau turut bersama berlari di belakang saya. Saya menangis ketakutan. "Mak Ayah, help me !!!". Sebaik saya melihat semula ke hadapan, saya terkejut sekali lagi. Saya tengok begitu banyak binatang-binatang lain seperti monyet, burung, panda dan sebagainya sedang bersorak kegembiraan. " Ceh, rupa-rupanya binatang-binatang ni membuat pertandingan lumba lari rupanya, dan binatang-binatang lain bersorak disebabkan mereka bangga dan puas kerana sayalah 'makhluk' pertama yang boleh mengalahkan harimau dlm pertandingan lumba lari sepanjang pertandingan itu diadakan".  Apalagi, saya pun turut bangga kerana memenangi pertandingan tersebut.

Sebenarnya, pertandingan itu juga turut menyediakan 'hadiah misteri'. Sebaik pengumuman, saya terkejut sekali lagi. 'Hadiah Misteri' yang saya dapat rupa-rupanya hanyalah sebiji 'anak kunci'. Namun saya tetap bersyukur.
Selepas mendapat 'hadiah misteri' itu tadi, saya memohon kebenaran untuk pergi. Penganjur sempat berpesan supaya menjaga kunci itu elok-elok. Saya juga berjanji untuk menjaga anak kunci itu dengan sebaik-baiknya.

Dlm perjalanan, saya terjumpa pula sebuah 'peti besi' sebesar rumah banglo mewah di UK. TEtapi malangnya peti besi itu berkunci. Dan saya teringat akan 'kunci misteri' yang saya menangi dalam pertandingan lumba lari sebelum ini. Tanpa berfikir panjang, sayapun membuka 'peti besi' dengan gaya penuh sopan dan santun. Takut-takut dimarahi oleh 'penjaga' peti besi itu nanti. Setelah berjaya dibuka, saya begitu terkejut dan teruja akan isi kandungan yang ada dalam peti besi itu. Saya lihat terlalu banyak harta, duit, emas, perak, berlian, mutiara dan sebagainya di dalam peti itu. Saya terlalu gambira dan merasakan seolah-olah ketika itu saya sedang 'bermandikan' harta-harta tersebut. Dalam keghairahan tersebut, tiba-tiba saya terjumpa 'surat wasiat'. Setelah dibaca dan diamati surat tersebut, rupa-rupanya harta yang bertimbun itu kepunyaan 'Ahmad Albab'. 

Begitu sedih saya ketika itu, dan ketika melihat harta-harta itu, saya hampir-hampir terperasan dengan harta-harta tersebut. Dalam otak, sayalah manusia plg kaya di dunia..Tp, semuanya hancur disebabkan Ahmad Albab yang empunya sebenar harta itu. Biarlah, sebab saya yakin, ada hikmah disebalik kegagalan saya untuk mendapatkan harta tersebut. Saya pasrah !!...
Saya pun keluar dari peti itu dengan seribu kesedihan..Saya terus melangkah longlai dalam usaha mencari jalan keluar dari dunia yang penuh penindasan ini. Dalam usaha tersebut, tiba-tiba saya terdengar bunyi yang amat kuat dan dahsyat. Rupa-rupanya saya sedang dikejar oleh gajah. Saya pun berlari ketakutan. "Help me Mum & Dad", teriakku sambil teresak-esak. Tiba2 rasa geram & marah mula menguasai perasaanku. Saya berhenti dan berhadapan dengan gajah itu. Lantas saya hayunkan tangan sekuat hati dan terus 'melempang' gajah itu. Gajah itu pun ketakutan, lalu berlalu pergi. "Padan Muka !!". Saya menyergah gajah itu.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *  ** * * * * * * * * * *
"Orang Muda, Orang Muda....". Tiba-tiba aku terdengar suara cikgu memanggil namaku. "Aduh, aku terlewat bangun, macam mana nak pergi sekolah ni". Kataku dalam hati. Aku pun bergegas mandi dan tetap pergi ke sekolah walaupun telah lewat. Sepanjang perjalanan ke sekolah, aku tertawa kecil sendirian. Tiba-tiba pula aku teringat bagaimana aku merakam suara cikgu Karam memanggil namaku di dalam kelas. Aku gunakan rakaman itu sebagai 'bunyi alarm' handphoneku, yang kudengari pagi tadi.
Pagi itu, aku berazam untuk menceritakan kepada kawan-kawan tentang 'mimpi misteri' yang aku alami sepanjang malam itu.



Karangan ni adalah satu karangan sambungan yang perlu dimulai dgn ayat di bawah. Karangan tersebut haruslah mempunyai unsur-unsur yang dinyatakan di bawah..  

  " Pada musim cuti sekolah yang lepas. Sekolah saya telah mengadakan satu aktiviti riadah di kawasan air terjun Sekayu. Tengah-tengah syok saya dan kawan-kawan mandi kat air terjun tu saya nampak seekor rama-rama yang cantik. Saya pun kejar rama-rama tu. Tiba-tiba saya..."

syarat : kena masukkan perkataan ni
suara orang menyanyi | harimau | anak kunci | peti besi | surat wasiat 
dikejar gajah | suara cikgu memanggil nama saya (anda la tu)

p/s : sori kalau terlebih, karangan kanak2 memang banyak yang xlogik..hehee


4 comments:

  1. oink..oink...hahah...
    komen karanagn skolah aku lak....hahaha

    ReplyDelete
  2. oink oink tu apa? hahaha...phm2 la yer

    ReplyDelete
  3. ak x fhm?huhuhu...bestnya bunyi alarm tpn ko..

    ReplyDelete
  4. edi : xphm betul ke main2? hehe...bunyi alarm terhebt setakat ni..haha

    ReplyDelete