Dec 10, 2010

SECEBIS PESANAN

Assalam..

Sempena cuti sem ni, sama2 lah kita manfaatkan sepenuhnya..Terpulanglah bagaimana kita hendak memanfaatkannya..Sebaik-baik manfaat biarlah mdtgkan kebaikan kpd diri, keluarga, agama, bangsa dan negara..Ingin sya kongsikan sedikit pesanan, untuk diri sendiri mahupun anda sekalian..

Hidup ini umpama roda, kekadang kita di atas, kadang2 kita di bawah..Namun, apabila roda itu berhenti, siapakah yang paling lama duduk di atas, berbanding siapa2 yg duduk di bawah..Pastikanlah kita yang akan duduk di bahagian atas itu dan jangan sesekali kita lupa untuk mendongak ke bawah..Kalau kita lupa, pastinya sukar untuk kita apabila kita berada di bahagian bawah kelak..
Jadikanlah diri kita seperti roda itu, hitam warnanya, kurang elok rupanya, hodoh fizikalnya NAMUN banyak sumbangannya...Biarlah kita seperti itu, tiada rupa namun luhur jiwanya, dan bersih hatinya..Ayuh kita tekadkan diri, untuk membantu dan memberi sumbangan sebanyak mungkin..Biarlah sampai ke langit pun, biarlah sebesar sungai pun. Dan jgn lupa susuli dengan kejernihan cinta dan ikhlas kepada Allah Ta'ala..

Slmt bcuti semua..smoga smuanya selamat...
Kosong-kosong yek..Jumpa lagi sem dpn, insyaallah..


2 comments: