Nov 23, 2010

IKHLAS ITU....

Assalam...

Ikhlas itu di umpamakan seekor semut hitam yang berjalan-jalan di atas batu hitam, pada waktu malam yang kelam, tanpa sedikitpun cahaya rembulan.

Nilai keikhlasan itu tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tidak boleh dikesan dengan pancaindera..
Yang tahu nilai keikhlasan itu hanyalah TUHan, dan orang yang melakukan sesuatu itu atas dasar keikhlasan kepada Tuhan, disulami dengan takwa dan keimanan yang berpanjangan..

Ikhlas itu halus sifatnya, kosong jasadnya, dan tiada jisimnya...

Jika ditelusuri dan didalami nilai keihlasan itu, banyak fahaman dan salah faham yang disandarkan pada nilai dan rasa ikhlas itu..

Ikhlas sebenar adalah ikhlas kerana Allah, dan kita percaya bahawasanya ikhlas yang ada dalam hati kita akan diredhai dan diberkati Allah...Kita juga percaya setiap apa yang kita lakukan akan dibalas oleh Allah sama ada di dunia ataupun di akhirat kelak..

Kita sering terlupa dan terlena, kadang2 amalan yang kita lakukan adalah terpesong dari landasan dan suruhan agama..
Kadang2, kita lakukan sesuatu atas dasar menunjuk, atas dasar popular, atas dasar 'perlu balas budi', atas dasar untuk masa depan yang lebih baik setelah membantu orang lain, dan atas dasar balasan insan kekurangan yang telah kita bantu...

Tapi sesuatu perkara yang kita lakukan atas dasar agama, ikhlas atas nama Allah yang maha esa, sering kita lupa dan alpa..

Jika kita ketepikan nilai ikhlas yang disarankan agama, nescaya rugilah kita...
Amalan yang telah kita lakukan, hanya mendatangkan manfaat di duniawi semata-mata, tetapi manfaat di ukhrawi, TIADA...
Redha Allah gagal kita capai, malahan siksa pedih yang kita dapat...

Ikhlas itu datang dari hati, TIDAk mampu diucapkan dengan lidah, TIDAK mampu ditulis dengan kata-kata, TIDAK mampu disampaikan dengan madah pujangga, dan juga TIDAK mampu dibuktikan dengan harta-benda...
Yang penting, amalan yang kita lakukan adalah berpaksikan LILLAH HI TA'ALA, selari dengan kehendak agama, dan kita percaya setiap apa yang kita lakukan akan dibalas oleh Allah,.. Nilai-nilai ini tersusun rapi dalm hati yang sentiasa mengharapkan redha Tuhan yang maha esa..
Ada kah manusia pada zaman metropolitan hari ini?...
JIka tiada, AYUH, kitalah orangnya...
JIka ada, AYUH bersama-samalah kita...
Kalau bukan KITA, SIAPA? dan kalau bukan SEKARANG, BILA?

Sama-sama kita perbetul diri, dan muhasabah diri...
Matlamat utama hidup ini hanyalah untuk mencapai redha Ilahi, bukan sekadar singgah untuk mencari kemewahan yang akan memakan diri... 

SEKIAN....

P/S: SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...

No comments:

Post a Comment