Dalam proses Kemahiran Belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran, Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca:
1.Membaca secara BERHATI-HATI
Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca
Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya
Elakkan gangguan radio dan televisyen
2.Membaca secara MENYELURUH
Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir
Jangan anggap bahagian pengenalan kurang penting
Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab.
3.Membaca secara BERULANG-ULANG
Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik
Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam
Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting.
4.Membaca dalam SUASANA yang SELESA
Lampu hendaklah dipasang dengan terang.
Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.
Udara sekitar mestilah mencukupi
Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas.
5.Berasa dalam KEADAAN selesa
Duduk dengan betul
Pastikan kamu tidak deman, pening, selsema dan sebagainya.
Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk.
6.Baca secara PERPERINGKAT
Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.
Peringkat seterusnya ; membaca isi untuk mendapatkan maklumat: pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan.
7.Cuba BENTUK SOALAN ketika membaca.
8.CATATKAN isi yang dibaca
Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca, mencatat, mengingat.
Ketika mencatat kamu berfikir “Apakah yang perlu dicatat?” Ingatan kamu menjadi lebih tajam.
9.Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca
Pastikan pen,, highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.
Tandakan isi-isi penting dengan highlighter.
Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar.
Gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian.
Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting.
Mmg sesuai la kaedah2 ni utk student mcm kita,,,
Chaiyok2,,teruskan usaha........
Sumber:
Nama: Abu Bakar Bin Hashim
Program : M.Ed (Bimbingan dan Kaunseling)
Kemahiran belajar.
No comments:
Post a Comment