Apr 28, 2010

KEMAHIRAN MEMBACA..


Dalam proses Kemahiran Belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran, Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca:

1.Membaca secara BERHATI-HATI
Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca
Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya
Elakkan gangguan radio dan televisyen

2.Membaca secara MENYELURUH
Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir
Jangan anggap bahagian pengenalan kurang penting
Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab.

3.Membaca secara BERULANG-ULANG
Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik
Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam
Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting.

4.Membaca dalam SUASANA yang SELESA
Lampu hendaklah dipasang dengan terang.
Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.
Udara sekitar mestilah mencukupi
Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas.

5.Berasa dalam KEADAAN selesa
Duduk dengan betul
Pastikan kamu tidak deman, pening, selsema dan sebagainya.
Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk.

6.Baca secara PERPERINGKAT
Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.
Peringkat seterusnya ; membaca isi untuk mendapatkan maklumat: pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan.
7.Cuba BENTUK SOALAN ketika membaca.
Dengan membentuk soalan kamu akan lebih ingat isi yang dibaca.

8.CATATKAN isi yang dibaca
Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca, mencatat, mengingat.
Ketika mencatat kamu berfikir “Apakah yang perlu dicatat?” Ingatan kamu menjadi lebih tajam.

9.Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca
Pastikan pen,, highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.
Tandakan isi-isi penting dengan highlighter.
Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar.
Gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian.
Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting.





Mmg sesuai la kaedah2 ni utk student mcm kita,,,
Chaiyok2,,teruskan usaha........

Sumber:
Nama: Abu Bakar Bin Hashim
Program : M.Ed (Bimbingan dan Kaunseling)
Kemahiran belajar.

x mau kahwinnn...


1. Aku tidak mahu berkahwin!, Aku bosan dengan orang lelaki yang berhidung belang! Lelaki sekarang hanya mahu kepuasan nafsu sahaja tapi tidak reti untuk membimbing! Nak jadi imam pun tak tahu.. Solat jauh sekali!!

2. Buat ape aku perlu berkahwin? aku dah ada kerjaya sendiri. Hidup aku lebih aman damai, tak perlu ribut tentang anak-anak. Aku enjoy dengan kehidupan sekarang nih.

3. Saya takutlah nak berkahwin, tak bersedia, nanti banyak sangat komitmen..

4. Mampukah saya menjadi isteri/suami yang baik?.. Berkahwin bukan untuk bercerai..





*************

Mungkin kita pernah mendengar pernyataan di atas yang berbentuk luahan hati dan perasaan dari sahabat kita atau orang yang pernah merasakan kepahitan hidup akibat dari latarbelakang keluarga yang tidak harmoni. Bahkan juga dari mereka yang takut dan risau memberikan komitmen dalam perkahwinan.

Zaman ini, menunjukkan ramainya mereka yang bekerjaya profesional, hidup mewah tidak mahu berkahwin. Terutamanya apabila yang sudah mempunyai pendapatan tetap sendiri, dirasanya hidup tidak perlu kehadiran orang lelaki/perempuan..


Mengapa Perlu Berkahwin ?

Persoalan di atas adalah soal pokok terutamanya mereka yang akan berkahwin, 'bercouple', dan juga kepada mereka yang tidak mahu berkahwin samada takut, risau, serta alasan yang lain. (Kecuali mereka yang mempunyai penyakit yang boleh mendatangkan bahaya atau kecacatan kepada pasangan seperti HIV, AIDS, sopak dan kusta. Serta mereka yang mempunyai sikap yang jahat, tidak mahu/mampu memberi nafkah kepada isteri, mahu mendera dan membalas dendam ke atas isteri/suami).

Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh ALlah. Manusia mempunyai keinginan dan kehendak terutamnya di dalam persoalan seksual. Islam telah menetapkan jalan di mana perkahwinan sahajalah yang menjadi penyelesai masalah bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Dari Abi Samrah r.a menyatakan :

Nabi melarang daripada hidup membujang.

(Riwayat at Tirmidzi dalam kitab perkahwinan, bab meninggalkan perkahwinan).

Saad bin Abi Waqqas r.a berkata :

"RasuluLLah telah menolak permohonan Osman bin Maz'un untuk hidup membujang. Kalaulah RasuluLlah membenarkannya nescaya kami akan mengembiri.

(Riwayat Muslim dlam Kitab Nikah, bab sunat berkahwinan bagi sesiapa yang berkeinginan, nombor 1402).

Di zaman ini, lihatlah, terdapat antara kita yang mempunyai keinginan tetapi disalurkan di jalan yang dimurkai ALLah. Ada yang menolak perkahwinan tetapi mereka tidak dapat membendung keinginan serta menjauhkan diri dari fitnah terhadap lelaki dan wanita. Ia sendiri tidak dapat menjaga diri dari anasir yang tidak elok. Akhirnya ada yang telah menghampiri kepada zina serta menjerumuskan diri di dalamnya. Anak-anak luar nikah dikandungnya, ada yang dibunuh, dibuang, dan juga dibela.

Ada juga yang mengatakan ingin sahaja membela anak angkat. Sayangnya di dalam Islam, anak angkat tidak pula dibolehkan mewarisi hartanya. Di masa tua pula, ia tetap juga merasa kesepian dan kelainan disebabkan anak yang dibela sejak kecil tetap bukan anak dari darah dagingnya sendiri.


Perkahwinan untuk melahirkan keturunan yang soleh dan berkualiti

Sabda RasuluLLah s.a.w yang bererti :

"Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat.

(Riwayat Abu Daud dalam sunannya : KItab nikah, bab larangan daripada menikahi perempuan yang tidak boleh melahirkan anak, nombor 2050; An Nasai dalam kitab nikah, bab makruh mengahwini perempuan mandul, nombor 65/6)

Dengan jalan yang halal ini, maka ia dapat membentuk institusi kekeluargaan sekaligus institusi masyarakat Islam yang dipenuhi dengan generasi yang berkualiti. Jauh bezanya dengan anak yang lahir dari perbuatan zina. Mereka adalah generasi yang terbuang yang tidak mengenali sama sekali siapakah ibu dan ayah mereka. Mereka lahir dalam keadaan jiwa yang membenci dan dendam kepada kedua orang tuanya, masyarakat sekeliling dan manusia keseluruhannya.


Jiwa tenang dengan jalan pernikahan

Perkahwinan yang halal akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman. Firman ALLah ta'ala yang bererti :

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".

(Ar Rum :21)

Berapa ramai manusia yang menolak perkahwinan fikiran dan hatinya tidak berasa tenang, tiada teman untuk dikongsi masalah? Tidak dapat merasakan hubungan halal antara lelaki dan wanita melalui jalan perkahwinan? Fikiran sentiasa runsing dengan masalah-masalah yang tidak terluah yang mengegarkan jiwa dan fikiran, perasaannya tertekan, kemurungan lalu membawa kepada perasaan malu dan pesimis.


Perkahwinan meluaskan persaudaraaan dan membina prinsip kerjasama.

Sebelum perkahwinan - kita akan fikir untuk hidup buat diri sendiri sahaja. Kurang bertanggungjawab dan kematangan dalam pengurusan hidup. Solat bersendirian, berdoa, tawa dan tangis juga berseorangan.

Sebelum berkahwin - tidak banyak ilmu yang ditimba untuk menjadikan diri sebagai individu Muslim yang dapat menjalankan tugas sebagai khalifah yang lebih sempurna. Kita tidak kenal istilah suami dan isteri, ibu dan bapa serta anak. Tidak juga mengetahui apa itu munakahat yang menyentuh tentang bab kekeluargaan seperti talaq, khuluq, hadonah (hak penjagaan anak), aqiqah dan sebagainya. Maka dengan jalan perkahwinan menjadikan diri bersiap sedia dengan ilmu untuk menguruskan sebuah keluarga. Seorang suami sebagai imam solat dan pemimpin, isteri sebagai teman dan pendokong kepada suaminya di kala susah dan senang.

Isteri akan membantu suami di dalam urusan seharian, makan pakainya, tempat tinggal dan anak-anak. Suami pula akan bersama di dalam mencari rezeki yang halal, mempertahankan, melindungi dan memelihara kehormatan isteri.

Dengan jalan halal yang telah digariskan oleh Islam, daerah persaudaraan akan semakin meluas. Saling kenal mengenali antara sesama dua keluarga yang telah disatukan di atas jalan ini. Ia akan melahirkan suatu ikatan baru dan saling berkasih sayang antara satu dengan yang lain.

Carilah saluran yang halal, dengan jalan perkahwinan dapat menjamin kesejahteraan masyarakat, menyebarkan kebaikan, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.

"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana ALlah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui".

(An Nur : 32)

Sumber;i luv islam

Apr 21, 2010

PESAN SEORANG GURU



"kejayaan bukannya selalu dimiliki,, & bkn juga atas usaha kita semata2...soal utama & pertama adalah keberkatan dr NYA,,,bukan hendak menafikan titik peluh kita,, ttp kita harus sedar adanya TUHAN mengatur segala...Biarpun sejuta ilmu kita dalami,, ia x kan berharga andai tiada keberkatan dr NYA kerana DIA pemilik segala ilmu yg ada,, yang tersebar d bumi mahupun yg terahsia d alam maya...hadirkan dlm hati seribu keinsafan,,hanya ilmu menjadi wadah mendekati TUHAN" SLMT BERJUANG,,DAPATKAN YG TERBAEK!!!!
MORAL:
SEMUA ILMU ITU MILIK ALLAH,,
MANFAATKAN SEPENUHNYA,,SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA...
SALAM.........

Apr 17, 2010

CERITA LAWAKKSSS...

PELUPA


Samsul adalah seorang yang sangat pelupa. Menyedari kekurangannya, dia pun berbincang mslh tu dengan temannya, Badrul.
Badrul : Apakah usaha yang telah kau lakukan?

Samsul : Aku dah beli buku mengenai Program kilat utk meningkatkan daya ingatan yang ditulis oleh seorang profesor terkenal.

Badrul : Hasilnya?


 
Samsul : Sama saja

Badrul : Teorinya gagal?

Samsul : Bukan begitu...Aku lupa dimana aku simpan buku itu....

Badrul : Patut la gagal !! #$%$#$^

HAHAHAHA..........

LAWAKKSS ke??,,rase sendiri la..
Bhya sifat lupa ni,,tp mslh ni adalah normal dlm kalangan manusia,,kalo lupa sikit2 tu ok la..
Janji kita jgn lupa diri,,lupa keluarga,,lupa asal-usul & yg plg penting jgn lupa ALLAH,,
Kalo lupa Allah,,nahas kita..x slmt dunia akhirat,,malangnya,,,TIDAKKK!!!

ok,,sama2 kita beringat,,
SALAM.............................

BUAT BAEK BERPADA2,,BUAT JAHAT JANGAN SKALI

Weii man,,asal ko baek sgt kt dia ahh??x pyh la baek sgt,dia bkn nya tau nk kenang & hargai budi org laen pun...
Buang masa ko je...

Emm,,fenomena tu mmg sesuai la dengan pepatah kt atas(buat baek berpada2,buat jht jgn skali),,,
Mksd nya,,kalo nk buat baek pn,tgk org la...
x pun,,jgn la buat baek terlampau sgt,,lbh kurg mcm tu lah mksd peribahasa tu,,
Tp,,kesesuaian peribahsa dgn situasi tu dari aspek mlyu lah,,sbb peribahsa tu org mlyu yg buat..
TP,,kita sbg org islam,kna tgk dr perspektif islam lar...
Islam kan sempurna,,
Islam kan tuntut umatnya buat baek,so,,buat la baek..
X yah la kita nk had kan kt sapa2 kalo kita nk buat baek,kalo nk buat baek,,buat ja sehabis nya,,,
SBB PA???
Sbb segala pa yg kita buat akan d beri balasan oleh ALLAH...
Kalo kita buat baek,,ALLAH akn bg balasan baek,,
Kalo kita buat jahat,,Jahat jugak la kita dpt...
Kdg2 kita tertipu,,tertipu dengan helah dunia..Dunia ni kan byk helah dia,,
Kalo kita tertipu abes la,,,(emm,,kita mmg mudh tertipu,,huhu)
Cth nya dlm bab ilmu,,
Mmg sesuai la,,kita kan student g,cth plg relevan la tuh,,mmg pun..haha
Buat pa kita nk bg ilmu yg kita ada kt org laen,,kita ssh2 nk dpt kan ilmu tu,,org laen sng2 je dpt ilmu tu dr kita..
Kita hari2 g fakulti ambk ilmu tu,,
Boring??mmg boring pun..dgr lecturer bg kuliah,,
kalo tdo lagi bez,,( tu ahh,,mcm baby kt bwh nii,,kan bez dia tdo,,haha)












Tapi,,
timba ilmu tu lg penting,,
Kalo xdak ilmu,mcm mane nk jwb exam,,
Kalo x dapat jwb exam,,fail daa..
Kalo fail,,kna repeat paper..
ADUHHH,,ssh jugak study nih,,,
Tp bila dh nk exam,member2 dtg nk mtk nota..
Amboi2..(versi azwan ali)..haha,,jgn mare...
sng btul diaorg,,dah la x pegi kuliah,pastu semberono ja mtk nota kt kita,,
so,,nmpk ketidakadilan kt situ..x adil bg org punya ilmu lah..
Sbb org laen ssh2 nk dpt kan ilmu tu,,org laen pulak sng2 nk dptkan ilmu tu dr kita,
punya la sakit ati time tuh,,Allah je yg tau..(marah ke??xda la,,penegasan ja,,haha)
Kdg2 diaorg ambk nota tu x yah salin pun,,
COPY CUT &PASTE JA..(versi lecturer ku,,haha)

Emm,,mmg la kita rugi kt situ..
Terutamanya diri kita yg berpenat lelah nk dptkan nota tuh sblm nih,,
Byg kn,,cewahh..
pagi2 kna bgn awl,pastu g mandi,solat subuh mesti la,,wajid tu..
EMM,,pastu g sarapan,,
PAstu pulak jln kaki g fakulti,,
Yg paling sakitnya,,time naek bukit tu,,
Tinggi ke bukit tu??entah la...(lebih kurg mcm bukit kt bwh kot,tp gmbr tu bukan bukit la,tu gunung,,haha,,perumpamaan larr..)















Kena kluarkan tenaga semaksima mungkin,,ye ke??haha
Letih tuuu,,tp kna naek jugak,,
Demi ilmu,,demi segulung ijazah..
Tu semua pengorbanan,,biasa la tu..mmg pun kna berkorban,,haha

Tp,,
Kdg2 kita kna fikir luas jugak..
Smua tu ade hikmah,,,

Kta kna tgk dari perspektif islam la,,Islam kan agama kita..
Allah dh bg tau dh..
DLm QURAN ade,,blh cek sendiri ehh..
Lbh kurg mcm ni lah mksd ayt quran tu..

"SESIAPA YG MELAKUKAN KEBAIKAN WPUN SEBESAR ZARAH,,ALLAH AKAN BLS KEBAIKAN TERSEBUT
& SESIAPA YG LAKUKAN KEBURUKAN WPUN SEBESAR ZARAH JUGAK,,ALLAH PUN AKAN BALAS..

Tgk!!bez kan agama kita..blh pilih pe,,kalo kita nk amalan kita d bls ngan kebaikan,buat la kebaikan..
Bkn nya ssh pn,,,(tp kebaikan tu jugak yg plg ssh org islam nk buat,mcm gue jugak,,huhu)
Tp kita kna igt satu perkara jugak,,niat kerana Allah itu mesti d sertakan jugak,,
Kalo x dak niat,,ruginya amalan kita,,sia2 shaja...
Niat tuh dlm hati,,hanya Allah & pelaku tu je yg tau,org laen x tau..
Bak kata perumpamaan mlyu,,
Keikhlasan itu spt semut hitam yg berjln2 d ats batu hitam pada waktu mlm,,,& ketika itu jugak bulan pn x mengambang,gelap gelita la..
Ayoo,,begitu halus nya keikhlasan tuh,,,
Emm,,kewujudan semut tu mlm tu,,hanya semut tu je yg tau,,& semestinya Allah pn tau..
Sbb Allah kan MAHA MENGETAHUI...


Moral:
Sama2 la kita perbaiki niat kita dlm melakukan sesuatu,,mudah2an mendapat rahmat dr Allah,,

Jom,,baiki diri,hiasi peribadi...
SALAM............

.............SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...........

Apr 15, 2010

Exam2......

Salam....

Mggu dpn exam ma,,ayoo...
skrg nie tgh mempersiapkan diri..
Berusaha dpt kan yg terbek,
Pepatah mlyu dlm adnan sempit ade bg tau "d mana ada kemahuan,d situ ada HIGHWAY...
Pandai ar korg,,buat pepatah sendiri...haha,,
Tp,,lawakksss jugak la...ade style la...



HAHA,,nie la highway..opss bkan highway la,,jln raya je...
xpe,,lbh kurg mcm tu jugak la...
tp x tau plak ape org tua tu buat,,maybe jln tu dh x bgs kot..
tu yg dia ambk blk..
pelikkk dunia skrg..mcm2..
Emm,,sukati dia la...
janji ape yg aku nk bg tau hr nie sampai kt korg
mggu dpn exm dh...yes!!!haha
so,,kite kna same2 berusaha dpt kan yg terbaek,,
buat kwn2 yg seangkatan dgn gue,,gud lak utk semua,,,
moga kalian berjaya & terus berjaya....
igt ujian,,igt highway,,ehh highway pulok,jln raya daa..
emm,,sama2 kita usaha,,go,go & go...

k,,study daa....