Dec 5, 2010

AWAL MUHARRAM

SALAM MAAL HIJRAH 1432 H
Peristiwa-peristiwa penting: 
1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah. 
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlaku: 
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah. 
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. 
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. 
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. 
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. 
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. 
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. 
10.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15.Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16.Allah menjadikan ‘Arasy.
17.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.Allah menjadikan alam.
19.Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20.Nabi Isa diangkat ke langit. 

Amalan-amalan sunat: 
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam: 
1. Berpuasa. 
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun. 
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya. 
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X. 
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharam selepas solat sunat Maghrib 3X. 

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharam): 

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 
3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha. 
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya. 
6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada Neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 
8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” 
9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu. 
10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti. 
11.Solat sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X. 
12.Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 
13.Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada Neraka.



Smoga sama2 mdpt manfaat -)

sumber : 

Dec 4, 2010

PROTON GENERASI BARU..

PROTON akan mengeluarkan model terbaru sempena nama 5 wira PAHLAWAN Melayu, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir & Hang Kasturi..JOM tgk !!!


PROTON JEBAT







PROTON KASTURI







PROTON LEKIR







PROTON LEKIU







PROTON TUAH








LAWA KAN ? MMG LAWA...

Dec 3, 2010

GAJI PM KITA ....

Assalam..






Tahukah ANDA brapakah gaji PM kita ??.. JOm kita kongsi fakta nih..
PM ??? ( PERDANA MENTERI ler )


Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM 22, 826.65 . Mengikut Akta Ahli Parlimen ( Saraan )( Pindaan ) 2005, mulai 1 Januari 2004..


Timbalan Perdana Menteri pula menerima gaji sebanyak RM 18, 168.15.


Jemaah Menteri pula menerima gaji sebanyak RM 14, 907.20. Jemaah Menteri ni terdiri daripada Menteri2 Kabinet ( Dewan Rakyat ).


Setiausaha politik pula menerima gaji sebanyak RM 5, 709.99.


Semua gaji yang diberikan kepada golongan2 di atas adalah berdasarkan Akta Ahli Parlimen ( Saraan ) ( Pindaan ) 2005.. Pemberian gaji tersebut berkuatkuasa sejak 1 Januari 2004..
Pemberian gaji setiausaha politik pula berdasarkan Ketentuan Saraan setiausaha Politik 1980..


HIDUP PM kita !!!! Hehe


Sumber : Berita Harian http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PMterimagajiRM22_826_65mulai2004/Article

PRODUA BEZZA

PERUSAHAAN Otomobil Sdn Bhd Kedua ( PERODUA) memperkenalkan MODEL terbaru kereta mereka..
Perghh, punyalah lawa ... BANGGA2...

  • Menggunakan konsep enjin hijau ( mesra alam)
  • Enjinnya mggunakan sistem bahan api Cecair Bebas logam Berharga ( PMLFC), 
  • Sistem PMLFC ni x mggunakan bahan bakar spt diesel @ petrol, ttpi mggunakan bahan api alternatif yang x mengandungi logam berharga.
  • Ni ha, gmbr kereta ni..


Sliding door yg MANTOP !!! PERGHH


Pandangan DEPAN !!


Pandangan belakang ..


Pandangan SISI.. Sliding door yg lawa


Pandangan Tepi..


Ada model jugak, Mana lawa lagi ?? haha

Mmg lawa, jgn lupa bli....hahaha
BEZZA, MMg BERBEZA...

Syabas PERODUA..

Sumber gambar : 

Apabila DUIT pun ber FB..

Perghh, dahsyat tajuk ni..
Skrang ni duit pun pandai ber FB ..MMg maju dh dunia skrg...
TAk PERCAYA ? NI ha buktinya..


                                                                                                             
Emm, betul kn ?..

BACA & FAHAMI sendiri...
  • Tinggi nilai mesej diaorg tu ( duit2 tu la)..HEhe..kalau x fhm ada mslh la tu...
  • Jgn lupa Add diaorg kat fb, boleh tmbhkan friends..
  • Yg plg penting, rajin2 la menderma yek...haha



Nov 30, 2010

Hybrid..

Perghh, cayalah Malaysia..terus mengorak langkah ke hadapan, bangga2..hehe
Tahun dpn, sykt PROTON nak perknalkan Hybrid di Malaysia..
Xtaw apa Hybrid???
Ni ha, apa yg dinamakan Hybrid ni..
  • of coz la sjenis kereta.
  • keluaran Jepun,bukan Malaysia ea, xtaw la msa akan datang, maybe Malaysia akan hasilkan sendiri..
  • guna kuasa elektrik & kuasa bahan api (petrol), tp lbh byk guna kuasa elektrik berbanding kuasa api.(mesra alam)..
  • kurang keluarkan asap(kurang pencemaran), xmacam enjin petrol.
  • mmpunyai enjin yg boleh terhenti automatik (sesuai digunakan bila berhenti kat lampu isyarat, & bila jalan jem)..Enjin yg terhenti tadi boleh hidup semula bila pedal minyak ditekan atau brek dilepaskan..
  • harga tu xtaw la, tapi rasanya murah jek (beratus ribu jugak la,hehe..murahkan??mmg murah..)
  • Istimewa ke? biasa2 je kn..yg istimewanya, kereta ni mesra alam, &, adelah keistimewaan2 lain..skrg ni, kenderaan2 mesra alam ni laku, sbb smua manusia kt muka bumi ni berusaha nak selamatkan alam (dunia), sbb dunia dah makin PARAH!!..
  • design pun MANTOP sehh, mmg lAWA...
  • JOm tgk antara design dia, mmg design mcm kereta yg slalu kita jumpa, tapi enjin lain (enjin tu la yg istimewa)..byk lagi design lain sbnrnya, ni slh satu jek...




LAWA kn? jgn lupa bli satu...hehe

Nov 29, 2010

HAPUSKAN PTPTN ??..

Assalam...


Rasional ke kalau PTPTN dihapuskan? emm, perkara ni mesti ada pro & kontranya..Antara kebaikan dan keburukannya, jom tengok, hehe : -


Kebaikan ( of coz la kebaikan dulu, saya sbgai salah seorang peminjam PTPTN yang tegar,,hehe)


- Takda hutang lepas habis belajar..
Kalau bayaran ptptn dihapuskan, taklah berat kepala teman nak mikir pasal soal bayar balik ptptn tu..Ni x,bila habis ja bljr kt U, teringat pulak hutang berpuluh ribu dengan ptptn..Lpas hbis je bljr, dh dpt kerja, kna byr ptptn pulak. Lpas tu, bila nak beli moto ke,   kereta ke, kna hutang lagi..alamatnya hidup ni busy bayar hutang je la...


-x kena blacklist
Sekarang ni ramai rakyat Malaysia kna blacklist..salah satu sebabnya x bayar ptptn la..muda2 dah kna blacklist..naiya kita kalau mcm ni..Mmg ada la peminjam2 yang xbayar, sesuai bebeno la kna blacklist.tp ada jugak yang dh byr, mgkn disebabkan masalah dalaman yang kurang cekap menjadikan peminjam yang meminjam pun kna blacklist..sbb ramai jugak yang teman dgr & baca kat news yang komplen diaorg2 ni dh  byr hutang, tapi tak kurang2 jugak hutang tu..Moralnya, kalau xpyh byr hutang ptptn kan bagus, xda masalah cenggini..hehehe


Keburukan. ( kebaikan mesti ada keburukan)


-Xmao study sggh2..
Rasa2nya kalau bayaran ptptn x dimansuhkan mcm sekrang, rmai pljr yg xmo study sggh2..sbb smua free, xda masalah & sng hati..buat apa susah hati, duit sure ada tiap2 sem..& student jugk xpyh nak mikir (buat poning pale je) pasal kes2 byr hutg ni lpas habis study..hehe


- Jadi amalan
X mustahil, amalan berhutang akan menjadi amalan biasa dalam kalangan rakyat Malaysia, sbb dah terdidik sejak dari remaja lagi (ptptn ni la)..Time kerja nanti, nak benda ni hutang, nak benda tu hutang, nak yang di sana hutang, nak yang di situ pun hutang..Mmg x dinafikan pun kalau bayaran ptptn dihapuskan, amalan berhutang tetap akan ada..Mustahil la semua rakyat Malaysia mampu beli kereta cash, beli rumah cash, & beli bla2 pun cash..smua tu kna berhutang jugak kan..Tapi dari segi kecenderungan diaorg tu hendak berhutang tak sama tahapnya..Mungkin bagi sape2 yg tak biasa berhutang, kecenderungan diaorg untk berhutang xla berada pada tahap yang terlalu tggi..Mgkn diaorg akan fikir banyak kali untuk berhutang ni..Sebabnya, diaorang x biasa berhutang dan diaorg takut xmampu byr hutang sbb xterasa lagi beban byr hutang tu..hehe


Solusi -)


Walaupun byk mana baik n buruk nya, segala2nya atas dasar dasar & pandangan kerajaan. Kalau kerajaan luluskan, alhamdulillah, kalau x, byr je la..Malas la teman nak protes sana, nak protes sini.hehe.. boleh kalau nak perjuangkan, tapi teman xminat..


P/s : Teman ni xda hak nak komen sana & nak komen sini..Saje je teman nak tulis kebaikan n keburukan, bukannya nak protes ke hape ke..Jgn ada pihak pulak yang cuba ambk tindakan yang tak tentu pasal..sekadar perkongsian bersama...