BI salah satu bahasa moden yang sangat maju pada masa kini. BI sebenarnya merupakan antara bahasa yang juga paling maju dalam meminjam istilah bahasa asing.
Victoria Fromkin dan Robert Rodman merupakan 2 org tokoh yang mengkaji secara langsung tentang pengaruh peminjaman istilah bahasa asing dalam bahasa Inggeris.
Victoria Fromkin dari University of California, Los Angelas manakala Rober Rodman merupakan penulis dari Northern Carolina State University. Buku tulisan mereka berjudul An Introduction to Language.
Kedua-dua penulis ini mengakui bahawa Orang Inggeris telah meminjam begitu banyak perkataan asing untuk membina dan mengembangkan bahasanya iaitu bahasa Inggeris, yang pada masa kini menjadikan bahasa Inggeris cukup kaya dalam membahasakan pelbagai isu terutama ilmu sains dan teknologi.
Menurut mereka, terdapat sebanyak 20,000 patah perkataan yang sering digunakan dalam bahasa Inggeris pada masa kini, 3/5 atau kira-kira 12,000 patah perkataan adalah perkataan yang dipinjam dari bahasa asing.
Antara bahasa asing yang disenaraikan oleh Victoria Fromkin dan Robert Rodman ialah;
Bahasa Perancis, bahasa Yunani, bahasa Latin, bahasa Skandinavia, bahasa Seltik ( Celtic), bahasa Belanda, bahasa Jerman, bahasa Itali, bahasa Arab, bahasa Sepanyol, bahasa India Merah, bahasa Yiddish (Yahudi), bahasa Melayu dan sebagainya.
Untuk peminjaman dari bahasa Melayu, antara perkataannya ialah amok, orangutan, prau, kris, jiringa ( jering ) dan paddy dll. Mereka menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 200 hingga 300 pp yang dipinjam dari bahasa Melayu.
Fromkin dan Rodman juga berpendapat sebelum kedatangan orang-orang Norman, orang Inggeris hanya tahu berkata He ate ox (lembu), He ate pig (babi), dan He ate sheep (biri-biri). Zaman ini, tidak terdapat perbezaan istilah di antara binatang dengan dagingnya. Setelah kedatangan orang Norman ke Pulau Inggeris, mereka telah memperkenalkan kata boeuf yang bertukar menjadi beef (daging lembu) ; porc yang berubah menjadi pork (daging babi) dan mouton yang bertukar menjadi mutton (daging kambing). Orang Inggeris telah meminjam kata-kata tersebut.
Selain meminjam kata-kata, orang Inggeris juga meminjam kata-kata akar dari bahasa asing untuk membentuk istilah seperti perkataan thermos yang beerti panas, dan metron yang beerti ukuran. Kedua-dua kata tersebut ialah bahasa Yunani. Kata-kata ini dicantumkan oleh orang-orang Inggeris dan menjadi perkataan Thermometer iaitu jangkasuhu.
Bahasa Inggeris juga meminjam proses-proses imbuhan dari bahasa asing.
Dewasa kini, bahasa Inggeris tetap gah dan berpengaruh besar, selain relevan dengan perkembangan dunia pada masa kini. Kelebihan ini berpunca dari faktor peminjaman istilah-istilah dan imbuhan oleh orang-orang Inggeris dari bahasa asing.
Sumber ; Amat Juhari Moain , Peminjaman Kata-kata istilah daripada bahasa asing.