Nov 1, 2011

BERFIKIR, BERFIKIR DAN TERUS BERFIKIR....

Seringkali berfikir panjang dan kehairanan sedikit. Kadang-kadang, timbul perasaan ‘pelik’ mengenai hal ehwal semasa yang berlaku di sekeliling kita. Benarkah terlalu banyak masalah yang melanda masyarakat masa kini antara sebab utamanya ialah POLITIK.
Antara isu popular adalah berkenaan dengan isu BOB LOKMAN yang dikeluarkan waran tangkap disebabkan beliau memberi ceramah TANPA TAULIAH..
Bila baca akhbar online, saya seronok membaca komen-komen pembaca dan komen-komen tersebut mendorong kita berfikir dengan lebih luas dan jauh. Kadang-kadang, kita tak terfikir apa yang orang lain fikirkan. Melalui komen-komen tersebut, sekurang-kurangnya, skop pemikiran kita lebih terbuka. Benar atau salah, terpulang kepada individu tersebut untuk menilainya.
Jom kita kongsi komen-komen para pembaca :
a)     “kalau mcm tuh bolehlah keluarkan waran tangkap kepada blogger2 yg menyebarkan ilmu agama sekali...internet kan xde tauliah..tak begitu JAIS?
b)     “saya terfikir...kenapa JAIS tak ambil tindakan pada sahabat2 tabliq yang memberi kuliah dan mengajak beribadat di surau2 dan masjid2 di selangor ni.....mungkin dah sampai apa yang diperkatakan "pada penghujung zaman, akan ada golongan yang tidak arif perihal Islam akan bercakap/mengepalai tentang ISLAM....
c)      “Adakah seorang datuk menyampaikan tazkirah selepas solat berjemaah di rumah dengan anak2 serta cucu nya juga akan di dakwa oleh pihak JAIS? Perlukah datuk tersebut perlu tauliah dalam situasi ini?
d)     “Adakah selepas ini tazkirah akan diharamkan? Kerana rata-rata tazkirah dibuat oleh orang yg tiada tauliah. Adakah selepas ini ramai daripada orang dari Jemaah Tabligh akan ditangkap kerana rata-rata mereka tiada tauliah dan merekalah antara penggerak majlis ilmu bebas diserata Malaysia.
Emm, bila fikir dan fikir...
Mungkin benar kata orang, BOB LOKMAN diberikan waran tangkap sebab beliau berlatarbelakangkan politik pembangkang. Sebab tu lah beliau diperhati dan dikecam setiap masa. Ramai je orang berdakwah, yang  berlatarbelakangkan kerajaan tak dikecam pun...Boleh dikatakan di sini, MOTIF UTAMA penangkapan ialah POLITIK..
Kalau politik pun, selagi tidak mendatangkan ancaman kepada negara, biarlah. Tak patut diperlakukan sebegitu rupa. Dakwah tu kan dituntut.
*Memberi pandangan itu tidak salah. Pandangan itu pastinya berbeza antara satu dengan yang lain. Ibarat seorang yang melihat permandangan ke luar jendela, apa yang menjadi fokus pandangannya pastinya berbeza dengan yang lain. Mungkin dia akan melihat pokok kelapa, mungkin burung di udara, mungkin awan yang menebal, mungkin langit yg membiru, mungkin memandang matahari yang cantik dan berseri... Oleh itu, perbezaan pandangan itu perkara fitrah dalam dunia ini.