PEDAS....
Kata seorang Naib Canselor sebuah universiti terkemuka di dalam negara, "Pengajian Melayu mesti dipelajari dalam bahasa Inggeris, sebab bahasa Melayu 'will not take you far'."
Bukan hendak membahas isu ini, sekadar ingin membincangkan satu sikap tidak adil bangsa lain dalam berhadapan isu ini.
Isu bahasa Melayu, pastinya berkait rapat dengan Orang Melayu.
Dalam satu situasi, aku d sergah dengan ayat-ayat sumbang yg dikeluarkan oleh satu 'kaum' yg merasakan dirinya seorang yg berfikiran terbuka.
Semasa meminta seorang pelajar kaum lain itu menandatangani satu borang sokongan dlm usaha membantah usul yg dikeluarkan oleh NC, begitu terkejut dan tersentap aku dengan kata-kata beliau yg cukup2 mementingkan diri-sendiri.
"Bukan bahasa aku. "Bukan bangsa aku". "Bahasa aku tidak diajar pun di sini!". "Bukalah kerangka fikiran sedikit".
Perghh ! tersentap aku..
Nampak sangat orang itu amat mementingkan diri. Tapi tidak apalah, kalau ikutkan memang berasas kata2 beliau tu, jika dilihat dr aspek latar blkg beliau yg ber'kaum' lain.
Tapi biasalah manusia ni kan, kalau kena batang hidung sendiri baru tau.
Teresak-esak ekau....
Ayat beliau yg 1 dan yg ke2 mungkin berasas.Sukar untuk disangkal. Tapi tidak ada rasa hormat kah beliau terhadap bangsa lain. Tapi ingin aku bertanya ,bagaimana kalau bahasa cina disrh diajar dlm BI? Bagaimana kalau bahasa India juga diajar dlm BI, & bagaimana pula subjek bahasa Iban juga diajar dlm BI? Berasaskah itu?
Berfikir pjg jugak ekau-ekau semua . dan aku pasti reaksi korang sama seperti reaksi kami sbg 'mangsa' masa kini...Bahkan, mungkin lbh teruk..
Lagipun ,kalau dilihat dr aspek peribadi, aku percaya ternganga jugak ekau kalau nak belajar subjek pengajian melayu dlm BI? BI pun l*****p. Cakap pikir panjang la saudara/saudari.....
Ayat ke3 beliau lagi xblh diterima akal..
"Bahasa aku tidak diajar di sini"..
Apakah istimewanya bahasa ekau nak d ajar d APM? lau ikut sejarah bahasa pun, xkenal pun dunia dengan bahasa ekau tu.Xde manfaat utk diaorg kaji & pelajari.
LAgipun, dr segi nama fakulti dh org tau. Akademi Pengajian MElayu, mestilah sinonim dengan bahasa MElayu..
Ayat ke4.
"Bukalah kerangka fikiran". Manis sungguh mulut beliau ni. Sudah lebar benarkah fikiran beliau? cakap memperlekehkan org lain..Ekau tu lagi la xluas pikiran, cakap pun main tibai ja..Orang berfikiran terbuka ni,bukan ckp ikut sedap mulut jek. Diaorg pikir dlm2 sblm ckp..
Untuk pengetahuan ekau, kitaorg ni xla b****p sgt,membantah usul tu membabi buta ja.
Kitaorg pun ada sebab jugak....
Dan bukannya kitaorg menolak secara total penggunaan BI ni. Cumanya kitaorg menolak dlm konteks APM itu sendiri. Kitaorg hanya menentang penggunaan BI dlm pembelajaran subjek di APM. Fakulti lain kitaorg xkisah pun wpun spttnya BM lebih perlu diutamakan dlm sistem pendidikan.
Dan kitaorg juga pasti penggunaan BI ni memang tak sesuai langsung dlm pengajaran subjek di APM. Mungkin dari konteks konsep subjek blh difahami. Tapi bagaimana dengan pemahaman dari aspek praktikalnya?...
Dan contoh plg simple konsep AKU dan KAMU..Dlm BI, konsep aku semuanya I.dan konsep kamu semuanya YOU..
Takkan kita nak panggil Agong kelak ber"I" dan ber"U". Benda ni nampak leceh, tp hakikatnya jika penerangan dan pengajaran itu kurang jelas dan tidak sampai kpd pljr, mslh ini pasti berlaku. Dan salah satu punca kegagalan penerimaan pljr adalah disebabkan penggunaan bahasa yang sama sekali tidak sesuai. Tengoklah kalau tidak percaya!...
Sepatutnya, usul ini tidak timbul dalam 'alam APM' kerana banyak ketidakrasionalan dan keaiban yang timbul akibat sikap2 pihak yang menyusul isu ini, pihak yang bersetuju dan pihak yang membangkang.
Dan kita kena ingat, ilmu ini disampaikan untuk bekalan , panduan, mentor, penjaga , pembimbing terhadap individu, bangsa, agama, dan negara. Dan bukannya untuk kerjaya semata-mata menurut pandangan NC yang kita amat sayangi.
Janganlah beliau terlalu rakus dalam memartabatkan bahasa lain walaupun kita mungkin mempunyai tujuan yang baik demi kebaikan pelajar2 di APM itu sendiri.
Bahasa itu perlu dilestarikan dan diamalkan, barulah 'hidup' dan berkembang selari dengan perkembangan dunia yang dianggap 'moden' hari ini....
Maaflah, ada kekasaran bahasa sedikit..
Sekadar berkongsi pandangan peribadi...