Oct 29, 2010

C.I.N.T.A














Cinta itu bahagia,
Cinta itu pengubat duka,
Cinta itu penglipur lara,
Cinta itu penenang Jiwa,
Cinta itu bahagiakan rasa,
Cinta itu sempurnakan hidup di dunia...

CINTA itu fitrah jiwa,
CINTA warnai hidup manusia,
CINTA juga lukiskan seribu nostalgia,
PASTinya cinta pelengkap di jiwa.
Tanpa cinta, kelam lah semuanya..

CINTA ibarat nadi yang menghidupkan jiwa kita...Cinta itu juga mewarnai kehidupan kita..
Dgn cinta,
Bahagialah segala2nya, gembira la smuanya, nyaman la segenap rasa, dan indahnya seluruh dunia..
Yang kaca jadi permata, yang pahit manis rasanya..

Coretan di sini buknlah utk menceritakan manisnya cinta, tetapi adalah utk mengungkapkan cinta sebenar, cinta yang tidak lari dari landasan agama, dan cinta yang dinaungi redha Tuhan yg esa.

Yang pasti, Cinta Allah adalah cinta pertama..
Cinta manusia cinta kedua.


Realitinya….
Manusia zaman kini banyak melanggar hukum cinta..
Kerana asyik dengan cinta,
Manusia hilang maruah jiwa…
Manusia jadi buta dengan perintah agama,
Manusia jadi tuli dengan larangan maha Esa,

Sebabnya?
Nafsu telah menguasai JIwa,
Didokong syaitan yang penuh durjana.

Cinta antara manusia perkara biasa,
Boleh kita temui di mana-mana,
Tetapi kecewa seringkali menusuk di dada,
Melihat perilaku cinta yang penuh dosa.
Dosa yang akan membawa ke neraka.

Berpegangan tangan perkara biasa,
Cium-ciuman selalunya ada,
Berpeluk-pelukan pun sering kita jumpa,
Adakah disebabkan kurangnya ilmu agama?
Bila ditanya mereka tahu semua perilaku itu adalah dosa.

Jangan sesekali kita mudah lupa,
Cinta manusia tak kekal ke mana,
JIka disandarkan pada nafsu semata-mata..

INGATLAH..
Bersama kita menjaga diri,
Daripada dosa yang akan disoal nanti,
Nak jawab apa kat tuhan nanti,
Atas dosa yang paling banyak dibahu kiri..

Bercintalah kita sebaik-baiknya,
Ikutlah landasan islam yang sempurna,
Jangan terlalu ikutkan nafsu semata-mata,
Kelak di laknat Allah Taa’la..
Merana diri sampai bila-bila.
Menyesal nanti dah tak guna..

P/S : Sekadar peringatan bersama...

Oct 25, 2010

MIM LAM ALIF YA WAU



Assalam...

Fitrah manusia, sememangnya punyai banyak ragam..kalau xbyk ragam, sng la hidup kita..senang2 itu juga, xsmuanya ttp sng, ada juga secebis ragam yang akan menyakitkan hati kita...
Tp itulah fitrah manusia, tiada siapa yang bisa mengubahnya kecuali yg maha esa..Namun, jauh dr pengthuan kita, sbnrnya kita juga bisa mengubahnya (YUP, mmg bnar, kita xbisa ubah ragam org lain,tp kita bisa ubah ragam kita sendiri...)
Kita masy mlyu, punyai nilai2 kemelayuan yg tggi, nilai keislaman yang melebar dan nilai kemanusiaan yang tersemai dalam hati sjak dr kecil lgi..
Namun dinihari, masih wujudkah nilai2 itu? sedihnya, nilai itu telah jauh pergi meninggalkan jiwa orang melyu yg penuh dgn kekeringan iman dan kecetekan pengetahuan agama.
Smua kh mlyu begitu? TIDAK sma skali!!!..tp kita kna igt, "disbbkan nila setitik, rosak susu sebelanga"...
INDIA, CINA, IBAN, ORANG ASLi n bla2 tersenarai juga..

Org mlyu itu punyai nilai2 kemlyuan yg tggi...
Mlyu itu lemah-lembut tuturnya, budi bahasa orgnya, pemurah hatinya, tenang jiwanya,dan penyabar orgnya...

Org mlyu itu punyai nilai2 keislaman yg mekar...
Mlyu itu taat agama orgnya, spti Rasulullah akhlaknya, indah nama2nya, kerna Allah perilakunya, dan utamakan akhirat orgnya..

Org mlyu itu punyai nilai2 kemanusiaan setggi langit..
Mlyu itu bantu-membantu orgnya, berhati perut orgnya, tidak berkira sifatnya, menghormati org lain nilainya, dan tggi nilai akhlaknya..

Berkesempatankah kita bersemuka dgn org mlyu yg sebegini? zaman dhulu sememangnya pasti..
Namun kini apa sudah jadi?
Mlyu hilang jati diri...
NIlai mlyu, nilai islam dan nilai kemanusiaan telah lari membawa diri...
Sedihnya apalah nasib melyu jadi begini...

Tlong la mlyu muhasabah lah diri...
Jadikan diri kita mlyu sejati..
yg teguh dengan jati diri...
Bersamalah kita kejar redha Ilahi..
Hidup di dunia tiada apa yang bererti, 
jika akhirat ditolak ke tepi..

p/s: sekadar sebuah coretan utk memuhasabah diri, bukannya untuk mengaibkan mana2 pihak...

Oct 24, 2010

Rumput dan Kuda

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : “Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?”
Murid : “Kuda makan rumput, cikgu!”
Cikgu : “Rumputnya mana?”
Murid : “Sudah habis dimakan kuda, cikgu,”
Cikgu : “Habis tu, kudanya mana?”
Murid : “Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?”




Apakah Hukum Kaum Adam Dan Hawa Memakai Seluar Jeans?

Maka jawabnya tidak kisahlah seluar jeans atau apa2 pun, sekiranya seluar itu ketat sehingga apabila kaum wanita memakainya maka dapat kelihatan bentuk punggungnya sehinggalah bentuk peha dan sebagainya maka hukumnya haram.Tetapi jika kaum wanita memakai seluar yang hanya ketat di bahagian punggungnya sahaja maka tidak haram dengan syarat dia mestilah memakai baju yang labuh sehingga menutup bahagian punggungnya itu. Baju yang dipakai itu hendaklah labuh sehingga sama bawah dengan bentuk punggungnya itu atau sebaiknya lebih bawah dari bentuk punggungnya itu.


Kaum lelaki pula yang memakai seluar ketat sehingga menampakkan bentuk punggungnya hukumnya adalah makruh.Tidak sama aurat lelaki dan wanita.Tetapi jika menampakkan bentuk alat sulitnya seperti yang berlaku pada seluar2 lumba basikal yang begitu ketat maka tidak sunyi hukumnya dari haram.

Wallahu'alam.

Sumber: Al-Azhar Ad Din


sumber : FB KEMPEN AURAT SAYA MARUAH SAYA!
http://www.facebook.com/pages/Kempen-Aurat-Saya-Maruah-Saya/121596184527199

Oct 23, 2010

Panduan mengelakkan sifat takbur (IMAM GHAZALI)




Apabila berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah diri mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka belum dibebani dosa.


Apabila berhadapan dengan orang tua, anggaplah juga mereka lebih mulia daripada kita kerana lebih lama beribadah daripada kita.


Apabila berjumpa dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih banyak ilmu dan pengetahuan.


Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa tetapi kita mengetahuinya.


Jika berjumpa dengan orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi katalah, mungkin orang jahat itu akan berubah dan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya.


Begitu juga apabila kita bertemu kafir. Katakan, belum tentu mereka akan kafir selama-lamanya.


Lawan SIFAT SOMBONG itu ialah rendah hati... 



Oct 21, 2010

POLITIK???!!!!!!!

Assalam...

Hah!!politik?...
Bila cerita psl bab politik, scra automatiknya kita akan teringat kat BN & PR pastinya..yg kita tahu, BN parti kerajaan, PR parti pembangkang...
Perspektif kita=x minat la politik, pergi mampos la, xmain2 la politik..n whatever...
Tahu x, majoriti rkyat malaysia KURANG tahu psl politik terutamanya golongan remaja, ( rmai jugak yg TAHU, bgi yg XTAHU LA) ,tahu pun gol ini thdap politik cuma tahu ttg parti2 politik. & sumber pgthuan tsebut setakat dgr apa2 yg Tv bgi tau, tulis dlm news, dlm blog, dlm fb n mna2 jek ( tu pun kalo bca sumber2 ni)...tp xpa, perkara ni kira normal dlm kalangan remaja (muda2 ni xdop msa nk fikir bnda2 tu, buang msa jek)...
Isu kali ni cerita psal politik, bukn nak ajak anda2 smua join politik..(jom kita berkempen politik, mampos la kna AUKU)..NAK ke xNAK politik, tu HAk anda...hehe

TP kan, kita xpernah fikir pun apa sumbgn politik n impak politik thdap masyarakat malaysia khususnya diri kita sbgai remaja, seorg mlyu, seorg islam, n BAKAL slh seorg generasi yg akan tetap tggl dan berkhidmat kt malaysia ni msa akn dtang...

SUmbangan politik = pendidikan, pentadbiran, kemudahan infrastruktur, pekerjaan, nasib melayu/bumiputera & mcm2 lagi..
NAH, byk doe sumbgn politik ni.TAPI apa yg kita tahu, politik ni org pmbgkang blame kjaan, org kjaan tuduh pembangkang..Sbb APA? sbb fenomena malaysia mcm ni ( bukak news, kerajaan salah la, kerajaan btul la / pembangkang salah la, pembangkang betul la)- biasala bnda ni, kjaan akan tetap perthnkan diri diaorg n pembangkang pun sma ( tp isu ni tolak ke tepi, sbb kita x minat!!!)

OK..berbalik pda sumbgn tadi..
CTH 1= pendidikan..
Skrg, jika btul n bijak pgurusan kjaan terhdap pendidikan, maka terjaminla pendidikan kita n bakal generasi akan dtg..
cth skrg ni, sistem meritokrasi yg diamalkan d msia..bgus x?ada pro & kontra sistem ni..Tp kita ambk dr sudut +ve..Dgn kaedah ni, boleh melahirkan generasi pljar yg betul2 berkualiti sbb pemilihan berdsarkan sistem ni mengutamakn sape2 yg layak utk menyambung pljaran (cemerlng dri aspek akademik, kokurikulum , soft skill n mcm2 lagi)
Scra xlgsung jugk, pd msa akn dtg, generasi masy mlysia akn terdiri dr kalangan org2 bijak n BOLEH HARAP..

SLH satu cth sumbgn ni pun kita bole tahu, politik ni meluas..bukn setakat apa yg kita tahu n apa yg kita dgr..
Lpas ni, jgn SEMPIT kan pemikiran n pengtahuan kita ttg politik..BUkak skit minda kita utk tahu isu ttg politik ni..JGN dok fikir politik psl blame2 je ada..
Ok la, next time cerita lagi...slh silap harap di
maafi...


P/S : penulisan di atas hanyalah sekadar utk berkongsi ilmu, bukn utk menyokong pihak kjaan @ pembangkang,,,penulisan jugk bertujuan utk membuka pemikiran penulis n pembaca,,tidak melibatkan sesiapa yg hidup atau yg telah meninggal dunia...JGn kaitkan dgn Isa n AUKU pulak....





Oct 20, 2010

4 ISTERI, JAGALAH YG PERTAMA...


Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, ku berikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan ku buatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan ku biarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kubur mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

By Firdaus Yusoff  http://www.facebook.com/note.php?note_id=142380182475005&id=1384958743

Oct 15, 2010

Perspektif

Assalam....

Hari ni nak cerita sikit pasal perspektif..mksud ak perspektif kat sini ialah tentang penilaian kita terhadap orang lain atau penilaian orang lain terhadap kita..
Kita selalu dengar org ckp, tmsuk kita skali:
Jgn menilai seseorang dari luaran, tengok la dari dalaman...
Kata2 ni slalu kita jmpa, setiap orang pasti menyetujuinya..
Tp kita tahu x, untuk menilai seseorang terutamanya dari aspek dalaman mereka bukannya mudah, bukannya sejam dua, bukannya sehari dua, dan bukannya seminggu dua...
Untuk mengenali sebenar-benarnya seseorang itu, terutamanya kwan baik, bukannya mudah..
Sudah terbiasa dalam kalangan kita untuk menilai sesuatu perkara itu dari aspek luar.
Contohnya: kalau kita hendak membeli kuih di gerai2 kaki lima, perkara 1st yg kita tengok sure lah mak cik yg jual kuih tu. Kalo ada 2 org mak cik yg jual kuih yg sma,seorg pakai tudung dan kemas penampilannya, manakala seorang mak cik lagi mempunyai rambut yang menggerbang, rsa2nya kita akan memilih kuih yg dijual oleh mak cik yang bertudung tadi. Adil ke? sedangkan kita xtau pun mcm mna sifat sebenar kedua2 mak cik tersebut..Pastikah kita mak cik yang bertudung itu lebih baik dari mak cik yg x bertudung?sdgkn kita xknl pun mereka..So,dr aspek luaran kedua2 mak cik itulah yang mempengaruhi kita untuk membeli kuih itu.
Tp itulah hakikatnya manusia zaman skrg, lebih menilai luaran berbanding dalaman, sbb luaran itu boleh nampak dgn mta kasar, aspek dalaman kna tgk dari mata hati...


So, utk menjadikan diri kita supaya dinilai baik oleh org lain, kita perlulah memperbaiki diri ke arah yg lbh baik.
Mgkn kita boleh ubah diri kita, tp org lain kita x mampu nk ubah diri mereka..
Jadi kita ubahlah diri kita, mcm na? salah satunya ialah kita perlulah sentiasa berfikir +ve terhadap org lain agar hati kita tenang, minda kita sihat dan tiada masalah dengan orang lain.

Sekian, sekadar pendapat sahaja...